Dah terlanjur berkhemah dan bermalam di Kuala Woh tempohari, aku pusing-pusing sekitar kawasan perkelahan tu, nak tengok apa yang best kat sini. Pada aku tempat ni amat sesuai untuk aktiviti keluarga. Berehat sambil dinaungi kehijauan hutan semulajadi yang berusia ratusan tahun. Untuk yang belum ke sini lagi, Hutan Lipur Kuala Woh terletak di Daerah Tapah, Perak. Kemudahan asas yang terdapat di sini ialah dewan terbuka, chalet, pondok rehat, jambatan gantung, tandas dan tapak perkhemahan. Di buka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang.
Untuk aktiviti perkhemahan dan bermalam, sila berhubung dengan Pejabat Hutan Daerah untuk tempahan tapak khemah. Tiada bayaran masuk dikenakan kecuali untuk sewa tapak khemah, chalet dan dewan. Yang menariknya kat sini jeramnya bercampur dengan air panas semulajadi. Kita akan dapat rasa kepanasan pasir-pasir di dasar jeramnya. Air jeramnya tak terlalu sejuk macam jeram-jeram lain yang boleh mengecutkan segala-galanya kalau berendam lama-lama. Suam-suam kuku gitu...
Selamat Datang ke Hutan Lipur Kuala Woh! Nampak sign board ni dah sampai le tu
Kolam Air Panas (di kawasan jeram)
Jeram
Jeram
Jeram - Pasirnya pun rasa suam-suam je
Kawasan air panas dari atas titi gantung
Info
Papan tanda larangan buang sampah merata-rata
Papan tanda - Kawasan Perkelahan
Best berendam pada waktu malam
"Apasal wap air panas ni ada bau tembakau ha?"
"Errr... tu asap rokok aku la..."
Merebus telur - Lebih kurang 20 minit jadi la telur separuh masak
Pokok-pokok kat sini kebanyakan sudah berusia puluhan tahun
"Kalau aku pasang khemah atas pokok ni pun ok jugak ni, diorang berkhemah kat bawah, aku kat atas..."
Papan tanda
Kawasan chalet kat dalam tu
Chalet
Kawasan chalet yang lapang
Tapak khemah yang disediakan
Kawasan jeram
Mandi air suam
Tandas
Kedai makan
Fuh, habis jugak kisah Kuala Woh ni... sedikit lagi info... jarak perjalanan ialah 13 km dari Bandar Tapah melalui Jalan Tapah - Cameron Highlands dan 72 km dari Bandaraya Ipoh melalui Jalan Tapah - Brinchang. Jika dari Kuala Lumpur keluar di Plaza Tol Tapah dan akan sampai dalam 20 - 30 minit sahaja. Hutan Lipur Kuala Woh terletak dalam Hutan Simpan Bukit Tapah yang merupakan jenis hutan dipterokarpa bukit.
Boleh call jika berminat untuk sewa tapak khemah atau Chalet:
Pejabat Hutan Daerah Perak Selatan,
35000 Tapah, Perak
Tel: 605-4011 216
Fak: 605-4015 331