Rabu, 23 Oktober 2013

Melawat Taman BURUNG (KL Bird Park)

Taman Burung Kuala Lumpur juga dikenali sebagai “Sangkar Terbang Bebas Terbesar di Dunia”, di mana pelawat akan dapat menyaksikan lebih 200 spesis burung tempatan dan asing. Taman ini dibahagikan kepada empat zon, di mana burung-burung akan terbang bebas di Zon 1, 2 dan 3. Di Zon 4, burung diletakkan di dalam sangkar yang lebih kecil. Setiap hari akan diadakan sesi memberi makan kepada burung dan mungkin anda akan merasai pengalaman untuk bergambar dengan burung kakak tua yang bertenggek di atas bahu anda.


Hari minggu tu dah tak tahu nak pegi mana, bawa anak-anak dan orang rumah ke KL Bird Park ni. Kebetulan ada promosi, dapat la tiket masuk murah sikit...


 Peta kawasan taman burung tu (klik gambar untuk paparan lebih jelas)

Pada aku tempat ni menarik juga untuk bawa anak-anak mengenali burung, mengkaji habitat dan tabiat burung serta memberi burung makan. Sebab burung-burung kat sini jinak-jinak belaka (sesetengah spesis la)

 Lanskap pun cantik dan kemas, sesuai untuk berfoto-foto

Diletakkan juga info untuk pengetahuan pengunjung

Berjalan masuk ke dalam boleh tahan jugak jauhnya. Ada sesetengah burung dibiarkan bebas berkeliaran (ke berterbangan?) di pinggir-pinggir jalan. Kalau rajin boleh bagi makan kat burung-burung tu. Kalau malas, jalan je terus

Hari tu orang dah tak ramai sangat sebab dah hampir petang. Mengikut kata pak guard yang jaga parkir kat situ, sebelah pagi biasanya orang ramai. Parking kereta selalu full. Time kitorang sampai ramai pengunjung dah balik, boleh parking ke dalam sikit.

Mungkin orang tak berapa ramai, muka burung ni pun dah boring je...

Setahu aku, burung ni banyak kat Zoo Negara, kat Sentul pun banyak...

Banyak burung berwarna-warni, cantik-cantik dan jinak-jinak merpati walaupun takde merpati kat dalam ni...

Boleh bagi makan kat burung-burung ni, kena pakai duit lima posen bulat baru boleh beli makanan dia...

Agak-agaknya burung ni terkejut kena flash kamera, tertutup mata dia!

Ada jugak pertunjukan burung. Eh! Mana burung yang terbang tu? Tuuu... dalam bulatan warna merah...

Tenaga pengajar pertunjukan burung. Mana tak pandai burung-burung ni. Hari-hari kena training dia dah tahu dah step-step yang perlu dibuat

Burung apa tah nama dia aku lupa. Muka garang, aku ingat sejenis pemaging (makan daging), rupanya makan buah je... (pembuah?)

Merak yang eksyen... makin kita nak ambil gambar dia, makin kembang kepaknya! Agaknya dia tahu dah, dialah yang paling cantik kat sini...

Meraknya pun dibiarkan bebas ke sana ke mari untuk menghiburkan pengunjung...

Dah penat pusing dah... tiba masa untuk pulang... lagipun hari dah lewat petang, burung pun banyak dah terbang pulang ke sarang...

 Jangan lupa singgah di kedai cenderamata dia, beli apa-apa yang patut sebagai kenangan...

"Aik... kat Taman Burung apasal ada beruk pulak"? Anak aku tanya.

Harga tiket untuk ke Taman Burung. Sayangilah burung kita. Untuk lebih info boleh lawati http://www.klbirdpark.com

Khamis, 17 Oktober 2013

Aku & ROKOK

Kali ini bukan nak cerita pasal harga rokok yang naik lagi, ini kisah seorang AKU kaki rokok tegar yang berjaya berhenti merokok! Huh, bukan senang nak berenti merokok. Boleh mati dibuatnya. Segalanya berlaku bukan dirancang. Terjadi secara spontan atau kebetulan. Aku mula berhenti merokok pada 01 Ogos 2009 secara drastik atau tiba-tiba. Maksudnya berhenti mengejut, sebabnya bertahun-tahun aku plan nak berenti merokok selalu tak menjadi. Aku mula merokok pada tahun 1989 dan jika nak dikirakan jumlah nakotin dan tar yang ada dalam badan aku dalam tempoh itu, paham-paham sendirilah.
Gambar dari Google

Bila tiba bulan puasa, maka time itulah aku akan mula berniat nak berhenti merokok. Itulah masa terbaik untuk berhenti merokok bagi kebanyakkan perokok seperti aku ni. Namun niat murni tersebut sering gagal kerana tahap keinginan makan asap lebih tinggi dari nak menikmati juadah berbuka puasa.

Boleh ke berhenti merokok macam tu je? Jawapannya tak boleh! Sebab? Kalau kita berhenti merokok secara mengejut, urat saraf kita akan 'marah' kerana 'beliau' tidak menerima nakotin pada waktu tersebut. Jadi berhenti merokoklah secara berperingkat-peringkat. Minggu ni hisap 7 batang sehari. Minggu depan 4 batang sehari, minggu lepas tu 3 batang sehari, minggu berikutnya sebatang sehari. Lepas tu tak payah ambil rokok lagi. Cis! Senangnya bercakap.

Best ke berhenti merokok secara mengejut? Jawapannya TAK BEST! Berdasarkan pengalaman aku, minggu kedua akan mula sakit-sakit di bahagian dada (kat jantung) - Menurut kata doktor yang aku temui, Dia cakap jantung 'marah' sebab tak dapat mengepam nakotin. Sakitnya seperti dada ditekan-tekan.
Ini berlanjutan sehingga minggu ketiga. Masa ni aku dah mula demam dan lemah seluruh badan. Jika tak kuat semangat bukan saja nak hisap balik benda tu, malah nak buat air rebusan dan minum terus air tembakau tu... 
Gambar dari Google

Masuk minggu keempat akan sakit belakang badan bahagian buah pinggang. Nak tunduk dan bangun pun payah. Masa ni kalau ada orang buat-buat tanya kenapa aku jalan membongkok, aku akan libas dengan batang rod aku tu. 'Kesengsaraan' ini akan berlanjutan sehingga dua bulan, tapi bila berjaya melepasi tiga bulan yang pertama dah kira nak sukses dah tu. Selepas dua bulan sakit dada dan belakang akan hilang beransur-ansur, masa ni nafas pun lancar dan makan pun berselera. 
Gambar dari koleksi peribadi

Selepas beberapa bulan menjalani saat genting tidak dinafikan kesan ketagihan masih ada lagi dalam diri. Keinginan nak menjamah kembali asap rokok masih menebal. Maklumlah, aku mula merokok bermula dari bangku sekolah lagi (curi-curi hisap rokok). Namun aku ada satu senjata untuk menahan ketagihan ni. Percayalah, aku berhenti merokok bukan bantuan ubat dari farmasi yang masuk iklan dalam TV tu, juga bukan kerana jumpa doktor pakar dan makan ubat hospital dan klinik. Aku dah cuba macam-macam ubat, tapi tak menjadi jugak. Aku melawan ketagihan hanya dengan memakan buah kurma. Tapi aku tak bermula pada bulan Ramadhan. Tetapi lebihan kurma masa bulan puasa dulu aku jadikan bekalan buat mengganti gula-gula yang boleh menyebabkan kencing manis pulak.
Gambar dari Google

Aku bercerita ni berdasarkan pengalaman untuk dikongsi bersama. Jika ada keinginan untuk berhenti merokok ni cuba lawan sehabis-habisnya. Yang perlu kuat adalah niat dari hati kita. Kadang-kadang fikiran ni jahat jugak dok hasut kita. Dia selalu berkata "ala... hisap la sikit rokok tu, sebatang je... bukannya jadi apa-apa pun" Maka hati kena kuat melawan perasaan tu lalu berkata "Aku nak berenti merokok, aku sayangkan anak bini aku, kesian diorang sebab jika aku merokok dalam rumah, dalam kereta dan dalam tandas asap rokok aku akan jadi habuan mereka jugak..." 

Gambar dari tepi longkang

Kepada yang nak berhenti merokok tu aku ucapkan selamat maju jaya. Memang senang bercerita sebab aku dah berjaya berhenti merokok. Tapi percayalah walaupun gagal percubaan pertama tak semestinya anda gagal pada percubaan seterusnya... 

Khamis, 10 Oktober 2013

Salam AIDIL ADHA

Salam dan Selamat Sejahtera buat kawan-kawan, pengikut, ahli dan pengunjung blog saya ini. Di kesempatan ini diucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha pada 15 Oktober 2013 ini. Berhati-hati memandu pulang ke kampung Halaman!


Rabu, 2 Oktober 2013

Haruan TANJUNG KARANG - Edisi RENTUNG!

Trip Tanjung Karang lagi... kali ni bertiga dengan Saudara Azizi dan anak lelaki aku yang sulung, si Alip. Seperti biasa bila memancing haruan ni aku akan bermati-matian guna umpan tiruan sebab aku geli nak mampos dengan katak hidup ni... bab ni tak boleh salahkan aku, sebab aku mewarisinya dari ayah yang alergik dengan katak ni...

Trip balik hari ni kitorang mancing sambil main panas je, kebetulan pulak orang rumah Azizi baru lepas bersalin. Tanjung Karanglah menjadi tempat operasi kami. Selain dari jaraknya yang dekat dengan Kolumpo ni, stok haruannya masih boleh dikatakan banyak juga.

Tumpuan kami pada hari tu adalah parit atau tali air di tepi jalan atau sawah padi, dengan memegang prinsip 'di mana ada air, di situlah ada ikan' atau 'kalau ada anak haruan, mesti ada mak bapaknya'. Yang bestnya mancing kat sini ialah kiri kanannya port haruan. Seperti biasa aku masih berdegil dan masih mengharapkan gewang-gewang katak tipu aku tu disergap sang haruan.


Azizi mencuba di satu tali air bersebelahan sawah. Ni time pagi lagi sekitar pukul lapan. Tak terasa lagi panasnya. Boleh la berhuya huyahooo sambil menikmati keindahan alam...

Si Alip first time casting haruan guna katak hidup (Azizi yang tolong cangkuk). Asyik terlepas je, sekali sentap melambung haruan tu tapi tak lekat. Maklumlah, selalu aku ajar guna umpan tiruan. Guna umpan tiruan ni senang sikit nak strike haruan sebab bila dia sergap je confirm mata gewang/katak tiruan tu tertancap kat rahang haruan tu. Guna katak hidup ni nak kena tunggu beberapa saat bila umpan dah dikemam sang haruan, lepas tu baru sentap...

Azizi dapat lesen dulu... banyak strike tak lekat disebabkan saiz haruan yang kecik...

AKU: "Ntah kenapa aku tengok ko hari ni hensem sangat dengan baju Rapala tu..."
AZIZI: "Sekarang ni ko nak guna gewang buruk ko ke atau nak guna katak hidup ni, cakap terus terang je kalau nak mintak tolong cangkuk..."
AKU: "Tolong cangkukkan tuan... kihkihkih..."

Bila dah tengok asyik dia je yang dapat, aku mula ngendeng kat dia tolong cangkukkan katak kat aku... hihihiiiii... tapi kena bahan dulu la! Ntah camana katak yang aku beli tu macam anak katak puru je aku tengok. Kalau katak yang jenis ada muncung selalu orang bagi makan ikan kelisa tu aku tak geli sangat (Ceh! Alasan padu!)

Haa... dah dapat sekor. Kecik je tapi best jugak guna katak hidup ni... Azizi ajar lepas haruan tangkap umpan tu, biar dulu dia bawak tali... agak-agak tiga hingga lima saat baru sentap! Aku sentap bagai nak rak! Nak melambung jugak haruan tu. Nasib baik aku guna set ringan je... sekarang masalahnya, aku nak kena repair balik katak tu macam memula tadi... eeiiiii...

 Si Alip dapat sekor. Ni pun satu hal jugak nak kena betulkan balik katak tu...

Lepas tu kami pun berpesta haruan dalam persekitaran yang semakin panas ni. Yang best mancing kat sini haruannya sentiasa aktif dari pagi sampai petang. Waktu tengahari cam gini paham-paham je la... Presiden Zambia pun tak berani nak berjemur lama-lama macam kami ni.... time tengahari jugak la dia galak makan!

 Akhirnya aku terpaksa menerima hakikat yang haruan pada hari tu tak mau layan gewang atau umpan tiruan seperti trip sebelum ini. Selepas bertukar kepada katak hidup barulah dapat merasa strike yang kasar sikit...

 Time ni kami dah start pakai topi. Panasnya mencicit-cicit ubun kepala. Kalau tak tahan boleh demam dibuatnya... aku tengok Alip cool je, tak merungut panas la... dahaga la... lapar laaa... mungkin dia teruja sebab ni la trip paling jauh aku pernah bawak dia memancing...

 Azizi dengan haruan terbesar hari tu... nak kepit dengan lip grip pun tak boleh sebab rontaannya mematahkan lip grip tersebut... menggelupur atas rumput...

 Layan haruan sebesar ni dengan set ringan camni memang best la. Guna kekili Abu Cardinal 1000, tali sulam 6 paun dengan perambut kejutan 10 paun. Joran aku guna fenwick Eagle Claw yang halus tu...

 Parit atau tali air sekitar kawasan ni masih banyak dihuni haruan lagi. Kami main terjah sahaja mana-mana tali air atau parit yang dirasakan berpotensi. Lepas 10 balingan dibuat jika tiada strike kami akan berpindah port lain pulak...

 Hasilnya kadang-kadang luar dugaan jugak...

 Sebahagian hasil, ada yang kecik ada yang besar. Syukurlah buat hilangkan gian dan mengisi masa lapang... 

Kami menamatkan sesi pancingan pada pukul 5 petang sebab badan dah berbalam-balam dimamah mentari di samping perut yang meronta-ronta minta diisi nasik. Kami singgah makan kari sembilang yang terkenal di Tanjung Karang ni... Kari Sembilang? Emm... kena cuba ni... tapi tangan rasa nak casting je parit depan kedai makan tu... haruannya mesti bergumbira kat dalam tu sebab takde orang peduli...

 Kari sembilang sedang dimasak!

 Kami order 3 pot. Dua kepala, satu badan. Tunggu sehingga menggelegak...

 Dah boleh makan...

 Aku pekena kepala sembilang. Karinya melekat sebab tak guna santan. Bahan rempahnya digiling dengan cara tradisional. Pekerja kat situ la bagitau aku masa aku melilau kat dapur amik gambar...

 Nyam... nyam... habih licin...

 Kalau korang lalu kat Tanjung Karang, korang kena cuba kari sembilang ni... 

 Pada hari tu memang tak sempat la nak pancing belut. Belut pun banyak jugak kat area ni. Cuma sekarang harganya dah naik sikit tak macam dulu. Mungkin disebabkan permintaan yang terlalu tinggi... atau stoknya yang semakin berkurangan...

 Belut pun salah satu makanan kegemaran aku... rasanya yang ekspendables dan kaya dengan omega 3 membuatkan aku tak teragak-agak untuk membelinya jika singgah di Tanjung Karang...

 Siap digoreng haliakan... nyam... nyam...

Dalam perjalanan balik terserempak dengan kereta kecik ni... punyalah cantik Mini Club Man ni... berdesup kat Highway LATAR... apa-apa pun Tanjung Karang memang indah dan meriah dengan haruan-haruannya... jika ada kelapangan kami pasti ripit lagi...