Selasa, 19 Jun 2012
Layan Sg. Gombak
Jika hari cuti petang-petang di sinilah tempat untuk aku dan anak-anak mengasah bakat dan melepaskan gian memancing talapia Sg Gombak yang berdekatan dengan rumah. Dengan aktiviti macam ni dapat memupuk pengetahuan dikalangan anak-anak aku. Bebudak ni jika dapat memancing tak kira dapat ikan apa, akan jadi pengalaman dan kebanggaan diorang untuk menghayatinya. Talapia kat sini boleh tahan jugak besarnya. Sengaja aku bagi rod halus kat anak aku, biar diorang hayati kuasa tarikannya...
Rod halus dengan tali 4 paun memberikan tarikan yang mengujakan.
Rata-rata talapia berat 400 - 500 gram.
Yang ni hentam gewang selaman.
Gewang ni sengaja aku lalukan dekat dengan sarangnya. Sekali dia tanduk gewang tu terus lekat kat kepala hahaaaa...
Yang ni ketika aku melayan sangkut. Macam-macam ada kat sungai ni. Dari beg plastik, pampers dan seluar dalam!
Casting talapia, memang ngancam.
Pantang ada gewang yang lalu di depan sarangnya, mesti dihambatnya!
Kami memancing suka-suka je, tangkapan dilepaskan semua sebab tak lalu nak makan. Orang cakap talapia kat sini sedap dan tidak hanyir. Dagingnya pejal dan manis. Entah la... pada aku belum bersedia lagi nak makan ikan ni dari Sg Gombak. Aku tengok mat indon dan mat bangla selamba je diorang bawa balik makan... sedap le tu gamaknya.
Telatah anak2ku..
LOKASI: Seksyen 7, Shah Alam. Photo Shoot untuk Model Baju Tidur dan Baju Rekreasi Luar.
Dua model memperagakan pakaian masing-masing
Waktu rehat selepas minum ABC ais krim
adik cam malu2 jer....relax lah bro.....hehe.... |
Ni dia model iklan untuk promosi baju tidur
Di New Zealand memperagakan koleksi baju sejuk buatan Malaysia
Disneyland Hong Kong sambil makan Mamee
Memperagakan baju Cheetah
Memperagakan jersi MU edisi terhad
Bersama Maheer Zain bagi mempromosikan sampin sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan
Biodata aku
BIODATA :
- photografer
- wartawan *sambilan di Majalah Pancing
- Editor (novel/majalah)
- kartunis
Jika perlukan saya boleh hubungi di talian 017-2764407 TQ
My Family..
ISTERI - NORAZIAN HAMZAH
MUHAMMAD ALIFF FARHAN
MOHAMMAD ALIFF FADHILAH
Aliff Fadhilah & Aliff Farhan |
my wife lor..... |
Layan Sg. Semerak k'late
Isnin, 18 Jun 2012
Kaloi Sabah di Tasik Subang
Satu petang, bawa anak beriadah sambil memancing di Tasik Subang. Selain menggunakan gewang, umpan lain seperti cacing dan cengkerik perlu juga dibawa sebab anak-anak lebih suka membottom dari melempar gewang. Lagipun diorang belum mahir lagi bermain gewang, takut juga sangkut... leburlah gewang-gewang tu... huhuhu
Aksi Aliff... dari jauh ingatkan dah strike, rupanya melayan sangkut...
Bergambar dulu...
Beberapa orang pemancing sedang menyauk anak seluang dan udang hidup. Mujarab untuk menjerat peacock bass
yang lepaskan ke sini sebab kaloi ni salah satu ikan hiasan yang banyak dijual di kedai-kedai akuarium
Langgan:
Catatan (Atom)