Isnin, 18 Jun 2012

Kaloi Sabah di Tasik Subang

Satu petang, bawa anak beriadah sambil memancing di Tasik Subang. Selain menggunakan gewang, umpan lain seperti cacing dan cengkerik perlu juga dibawa sebab anak-anak lebih suka membottom dari melempar gewang. Lagipun diorang belum mahir lagi bermain gewang, takut juga sangkut... leburlah gewang-gewang tu... huhuhu



Aksi Aliff... dari jauh ingatkan dah strike, rupanya melayan sangkut...

Bergambar dulu...

Beberapa orang pemancing sedang menyauk anak seluang dan udang hidup. Mujarab untuk menjerat peacock bass

Terkejut jugak sebenarnya, umpan cengkerik dirembat si Kaloi Sabah. Mungkin ada orang 
yang lepaskan ke sini sebab kaloi ni salah satu ikan hiasan yang banyak dijual di kedai-kedai akuarium