Selasa, 9 April 2013

SEHARI DI TG. KARANG

Trip dijalankan pada 19 Jan 2013 yang lalu bersama bro Azizi dan Saiful Beb. Trip ni kami tak mengharapkan tangkapan yang best-best pun, lebih pada memancing sambil main masak-masak dan berjemur di tengah panas hahaahaaaa... oleh kerana tersilap membaca jadual pasang surut, maka kami sampai  tatkala air sedang surut jam 9.00 pagi. Sementara nak tunggu air pasang pukul 5.30 petang nanti kami mempunyai banyak masa untuk memasak dan menyediakan makanan tengah hari...


"Air surut tak semestinya takde ikan" ujar Azizi
Namun 10 kali balingan akhirnya beliau give up (tak tahan panas)

Air surut lagi...

"Daripada kau dok mancing time air surut ni, lagi baik kau goreng ikan laaaa..."
"Yelaaa, nak goreng ikan la ni..."

 "Huh, takpe. Aku buat cokodok bawang ye..."
Terima kasih kat Saiful Beb sebab beliau rajin masak.

 Sementara tunggu nasik masak, baik bergambar dulu.

Menu simple kitorang. Sardin, Telur dadar, ikan bilis goreng dengan kacang, ikan masin dan cokodok bawang... huh, ni baru makan tengahari jee...

Lepas makan kitorang pindah kat atas sikit, ada beting batu kat situ. Ini pun salah satu port mancing yang best jugak kat area ni, oleh sebab air surut lagi maka kami je la yang memancing kat situ. Saiful Beb dapat jugak anak gelama...

 Azizi pun sama dapat gelama yang tak cukup umur lagi...

 Aku? Kumpau laaa.... jangankan anak gelama, anak berudu pun tak langgar tali pancing aku.

Kitorang lepak sekejap je bila air dah mula nak bergerak pasang sebab Saiful Beb dah terpijak teritip kat batu tu, kaki terbelah... darah punya la banyak keluar. Aku tak ambil gambar sebab tak sampai hati tengok kaki kawan berdarah... beliau dibawa ke Hospital Tanjung Karang dan menerima beberapa jahitan...

Cuba tengok teritip/kepah yang melata kat atas batu tu, bayangkan kalau tak pakai kasut bila terpijak kat atas tu... 

Semua yang berlaku atas ketentuanNya, namun sebagai manusia kita perlu redha dan bersedia atas apa yang bakal berlaku. Atas kejadian tersebut sukalah saya berpesan kepada kawan-kawan semua, agar berhati-hati bila memancing di kawasan sebegini. Bawalah bersama peralatan perubatan di samping barangan memancing yang lain...