Sempena cuti sekolah tempoh hari bawak family ke Melaka la jalan-jalan sambil melawat tempat menarik di sana. Kebetulan takde trip memancing dan photo shoot, apalagi... sehari suntuk melayan anak-anak di sana. Kali ini kitorang tak mau melawat tempat yang biasa kitorang pegi sebelum ni. Asyik-asyik A Famosa je, kali ni kitorang ke Taman Botanical kat Air Keroh. Dekat je dari susur keluar Tol Air Keroh, tak sampai sepuluh minit sampai la kat sana...
Sebenarnya taman ni tempat beriadah sambil bersenam, berjoging, berbasikal pun boleh. Apa yang menarik kat taman ni ada replika dinosour dan macam-macam haiwan sebagai tarikan kepada kanak-kanak dan pengunjung...
Ingat nak bergayut kat gading gajah ni, suspen jugak takut patah!
Binaan dinosour tu nampak real la jugak... takde la nampak kartun sangat...
Alamak Ulau!!! Hah! Mana? Tu... atas kepala tuuuu.... Arghhhh! Terkejutnyaaa...
Pertarungan antara dua penggembala dinosour!
"Aik... belum kena gigit lagi dah sakit ke?"
"Takpe... bagi nampak real sikit..."
"Oooo... kudaku lari gagah berani... ayoh lariiiiiii..."
"Tu bukan kuda la dik. Tu arnab!"
"Ye ke...?"
Bergambar dengan Pokok Sentul, kat Sentul pun tak ada pokok ni...
Melaka Planetarium
Lepas tu drive masuk Bandar Melaka. Jalan punyalah jem... maklumlah Cuti Sekolah. Masuk ke Muzium Maritim, memang best.
"Cepat la turun ayah..."
"Alamak! Ayah gayat laa..."
Anak-anak dah jauh masuk ke dalam, kitorang dah penat dah nak jalan...
Muzium Tentera Laut
"Lepas ni sapa nak naik Menara Taming Sari?"
"Tak mau naiklah, adik dah pegang dah..."
Dengan satu pembelian tiket boleh masuk empat muzium di sekitarnya. Bayaran masuknya pun ok...
Di luar Muzium Tentera Laut... kebanyakan senjatanya adalah senjata sebenar
"Nak tembak gagak boleh?"
River Cruise Melaka kitorang naik pada sebelah malam sebab lebih cantik suasananya. Lampu-lampu berkilauan pada bangunan-bangunannya di sepanjang tebing Sungai Melaka...
Perkhidmatan becanya pun banyak... tapi sebelum naik tanya harganya dulu. Oklah buat yang malas nak berjalan...
Di sebelah Muzium Tentera Laut tu ada bazar yang menjual barangan cenderahati... Macam-macam jenis dan bentuk yang dijual, boleh rambang mata dibuatnya... termasuklah anak aku...
Lepas jalan-jalan di pasar malam berhampiran Dataran Pahlawan... makan time! Yang bestnya ada pulak nasi kerabu kegemaranku kat Melaka ni...
Nyam... nyam...
Selamat Tinggal Melaka, Bandaraya Bersejarah!