Akibat Encik Toman dan Sebarau mula menyombong dalam beberapa trip yang lalu, maka untuk mengubat ketar tangan akibat lama layan kumpau, Tasik Seksyen 7 Shah Alam terus diterjah. Tasik yang dikatakan masih banyak dihuni spesis tempatan ini turut dihuni oleh spesis cichlid lain. Salah satunya ialah Kerapu Lombong. Sebenarnya saya ke sini untuk mengilat toman yang banyak menimbul menghirup udara. Ntah macam mana hari tu tomannya jual mahal, langsung tak pandang gewang yang dilontarkan.
Kerapu Lombong ni tergolong dalam
keluarga cichlid dan merupakan spesis pemangsa yang sangat agresif serta teritory terutama ketika mengawan dan menjaga anak. Sebab itulah beliau akan menerkam setiap objek yang lalu di kawasannya.
Ikan ni mempunyai bentuk badan dan fizikal seakan-akan ikan kerapu dan berbintik pada seluruh badan serta mempunyai tompok bulat hitam di bahagian tengah badan dari kepala hingga ke ekor. Ikan jantan mempunyai warna biru kejinggaan di bahagian atas badan dan kepala manakala bagi ikan betina pula hanya warna putih berbintik hitam pada seluruh badan. Mempunyai rasa yang sedap apabila dibuat goreng berlada, sama dengan sepupunya Talapia... nyum... nyum...
Saya menggunakan Hard Body Lures untuk menduga Kerapu Lombong di sini. Penggunaan Soft Plastic banyak mengundang sangkut akibat dasar tasik yang banyak bahan buangan. Jika bernasib baik boleh strike pampers, guni buruk, beg plastik, seluar dalam belang dan kepala anak patung!
Salah satu sport di sini. Aliran air yang masuk menjadi tempat beliau menyerang hendap anak-anak ikan yang keluar masuk di sini
Petang tu tanpa menghiraukan orang berjogging dan bersukan, aku dah start mengilat. Semua orang tertoleh-toleh tengok aku kat atas tembok tu... ahh, lantak laa... ni pun salah satu sukan jugak!
Kerapu Lombong terjerat dengan gewang Abu Tormentor kaler hijau keputihan. Mungkin menyerupai anak seluang di sini
Gewang merah putih yang lalu di depannya pun jarang ditolak
Ni dah tersalah terkam... sangkut kat kepala. Sikapnya yang garang dan mengejar apa saja gewang yang lalu di depannya amat mengujakan
Sesudu Abu Island II 7g pun dihambatnya. Selepas sesudu mencecah air karauan terus dibuat untuk mengelakkan sesudu tenggelam. Boleh rasa patukan demi patukan berlaku bila sesudu lalu di kawasannya
Lagi Kerapu Lombong yang terjerat dengan Abu Tormentor. Tukar gewang lain langsung tak dilayan
Walaupun saiznya tak sebesar mana namun tentangan yang diberikan cukup menghilangkan gian aku pada hari tu. Lain kali kena pakai set ringan sikit baru adil.
Kesemuanya dilepaskan kembali walaupun ada yang menyarankan pada aku lebih baik bawa balik makan kerana ikan pendatang ni mengancam populasi ikan tempatan. Bukan aku tak sampai hati nak makan, tapi aku terkenangkan dasar tasik ni yang penuh dengan bahan buangan... ada jugak aku tengok mat jaring bangla bawak balik ikan ni untuk di makan atau dijual... (ikan talapia banyak jugak)
Mana-mana pemancing atau penjaring kalau dapat ikan ni lepaskanlah semula. Janganlah dibiarkan mati di atas darat jadi ikan kering. Walaupun tiada nilai namun beliau adalah makhluk Allah jua dan ada hak jugak untuk hidup macam kita...