Zoo Negara adalah zoo nasional
yang pertama di Malaysia dan diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Zoologikal
Malaysia iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang
memainkan peranan utama dalam hal ehwal konservasi hidupan liar, penyelidikan,
pendidikan dan rekreasi. Ia mula dirasmikan pada tahun 1963 oleh Perdana Menteri Malaysia yang
pertama, Al-Marhum Tunku Abdul Rahman. Zoo
Negara bermula dengan koleksi induknya yang kini telah berkembang sehingga 459
spesies hidupan liar. Zoo yang dihuni kira-kira 5000 haiwan ini
telah mengalami banyak transformasi dengan konsep pameran secara terbuka untuk
keselesaan haiwan dan juga para pengunjung.
Ia terletak di Ulu
Klang di timur laut Kuala
Lumpur. Ia ditadbir oleh sebuah badan bukan kerajaan iaitu Malaysian
Zoological Society yang ditubuhkan
bagi mentadbir zoo pertama Malaysia. Zoo
Negara ditubuhkan pada 14
November 1963 dan
pada 2006 mempunyai
sekitar 4,000 jenis haiwan dari 400 spesis merangkumi mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Pada tahun
2007, Zoo Negara menerima sijil MS ISO 9001:2000. Zoo Negara merangkumi
keluasan 110 ekar tanah yang terletak hanya sekitar 5 km dari bandar Kuala
Lumpur. Zoo Negara kini menonjolkan konsep zoo terbuka dengan 90%
haiwan ditempatkan di kandang terbuka yang luas dengan hiasan laman yang
bersesuaian dengan persekitaran asalnya. (Sumber dari WIKI)
Haa... tu dia dah ada info kat atas, layan gambar dulu...
Di pintu masuk, dah petang orang tak berapa ramai sangat
Kuda kecik ni orang panggil Kuda Padi atau Kuda Bonzai...
Terduduk anak badak tu kena duduk...
Salah satu spesis Ikan Sepat. Macam-macam colour Ikan Sepat sekarang ni...
Keli Limbat, kat kampung aku dulu banyak keli ni, sekarang susah nak dapat
Badak Air, errr... kat kampung aku takde haiwan ni...
Muzium Lebah
Seladang... badan dia berketul-ketul tu...
Di kandang Beruang. Tak nak keluar pulak dia, malu-malu beruang orang kata...
Eh, Tapir? Bukan... Tenuk la... pun bukan, inilah Cipan... ah, sama je nama dia...
Kandang Rusa
Agaknya kembong perut kambing tu sebab anak aku bagi makan daun pokok lili...
Layan gambar je laaa...
Harimau kuat...
Mr & Mrs Lion...
Masa ni anak aku dah ajak balik, sakit perut kata dia...
Muka dah boring, dah tak berapa minat nak bergambar
Peta dalam Zoo Negara
Kadar Harga sekarang
Secara keseluruhan Zoo Negara oklah untuk bawa anak-anak mengenal haiwan kat dalam tu.
Untuk lebih info boleh lawati laman sesawang http://www.zoonegaramalaysia.my
Let's go to the Zoooooo....
Let's go to the Zoooooo....