Jumaat, 25 April 2014

Memancing di TASIK SUBANG

Hari minggu, rasa macam nak beriadah pulak (sambil pegang perut yang semakin buncit). Nak bersenam konon untuk menjadi warganegara sihat. Ayuh semua... kita gi Tasik Subang! Jangan lupa bawak raket badminton sekali. Lepas tu kita jogging pusing tasik dalam 18 round! Anak-anak aku teruja... maka bergeraklah kami menuju destinasi.
Tasik Subang merupakan salah satu tasik yang mana kawasan sekitarnya sesuai untuk beriadah. Dan, tasiknya dibenarkan untuk kita memancing! Eh... jangan lupa bawak batang pancing! Sekali lagi, anak-anak aku akur...

Tasik Subang, cuaca agak redup. Orang ramai sangat hari tu untuk beriadah dan berjogging. Cadangnya nak mancing dekat area pencawang lektrik tu, parking boleh penuh pulak. Ramai jugak warga Malaysia yang nak sihat rupanya. Akhirnya kami lepak di tepi kolam yang dulunya adalah kolam berbayar. Tapi sekarang dah tak beroperasi lagi...

 Pakai umpan tipu je lah... ikan bukannya tahu pun!

 "Alahai... susah pulak nak masukkan gewang ni..." (Maklumlah... rabun)


 Ni dulu kaunter bayaran kolam pancing tu. Kolam Halim tak silap aku

 Ada jugak yang memancing

 Dah nak mula memancing

 Abangnya dah baling gewang ke tasik... tapi bawak balik rumput je...

 Abang ni dapat ikan keli bagak!

 Orang memancing di seberang sana

 Memancing

Aiseh... sangkut kat rumput pulak 

 Aku pun tak lepaskan peluang memancing jugak. Tapi memancing sambil baring-baring atas pokok la. Aku pasti ada ikan lagi kat kolam tu sebab kalau tuan kolamnya dah pindah, takkan dia nak angkut semua ikan-ikan kat dalam kolam tu, ye tak?

 Patuhi papan tanda

 Dah boring memancing main badminton pulak. Aku masih belum bersenam lagi. Masih mengharap ada ikan yang patuk pancing aku

 Main kereta sorong

 Bunga kertas

 Tunggul-Tunggul Gerigis

 Bunga Buah Letup

 Buah Letup

 Bekas kolam komersial

Dah penat memancing dan bersenam lebih kurang kami pun bergerak pulang. Tak dapat ikan pun takpe... asal dapat luangkan masa berkualiti bersama anak dan isteri...

Makan tengahari hari tu...

"Apa laaaa... mancing tak dapat ikan, makan sushi lagi best apa... errr... jemput makan..."