Isnin, 28 April 2014

Jom Jalan - CAMERON HIGHLAND

Tajuk je Jom Jalan, sebenarnya tak berjalan sangat pun. Singgah sekejap-sekejap je. Lama dah tak pergi Cameron Highland. Masa nak pegi tu planning macam-macam la. Nak pegi kebun strawberi, nak pegi taman kaktus, nak pegi minum teh tarik kat kebun teh dan nak pegi kebun sayur nak petik bunga kobis... last-last semua tak sempat dan malas nak berjalan sebab ada program lain lagi yang perlu disegerakan...

 Lebuhraya lancar dari KL menuju ke utara. Cuaca pun cantik...

 Dah sampai Ipoh

 Exit tol Simpang Pulai... jalan ni tak sesak sangat kalau nak bandingkan dengan jalan lama dari Tapah tu

Dah sampai Cameron Highland. Suasana? Hmm... tak berapa sejuk macam dulu. Banyak kerja-kerja pengubahsuaian berlaku...

 Aneka Teh

 Dinasour pun ada kat Cameron Highland ni

 Ni anak aku tak senang duduk... dapat la satu Lego yang dia nak tu

Key chain

Fridge Magnet (FM) je yang murah kat sini

 Coklat

 Hmm... strawberi dari ladang. Kena pandai pilih dan tawar menawar. Sebab semuanya dari ladang, maka harganya pun boleh tahan jugak

Gerai jualan

 Kaktus

 Ladang sayur

 Dah sampai ladang teh. Main redah je, asalnya nak pegi ladang sayur...

 Ladang Teh Sungai Palas. Tak masuk dalam pun sebab jalan sempit sangat

 Daun teh yang disembur. Tak tahu lah diorang sembur apa...

 Dari atas bukit

 Superman ambik gambar

 Ladang teh dari bawah bukit

 Anak aku teruja tengok daun teh. Macam daun pokok bunga je...

 Sekali sekala dating kat Cameron Highland

 Ladang teh sayup mata memandang

Sebelum turun ke bawah, singgah sebentar di masjid berhampiran untuk solat Asar. Air paipnya sejuk sangat... Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dapat menyegarkan mata yang mengantuk ni...