Rabu, 15 Oktober 2014

Photo Shoot - PAINTBALL TOURNAMENTS

Ha, sapa pernah main Paintball? Angkat tangan sambil lari keliling padang... Best ke main Paintball ni? Hari tu pegi shoot (ambik gambar) Paintball Tournaments kat Tanamera Paintball Park, Sungai Buloh. Ramailah pesertanya. Lepas subuh aku dah gerak ke tempat tu dengan semangat perwira menghunus senjata, tapi aku menggalas kamera... cuaca hari tu mendung je. Tak best amik gambar takde awan gemawan ni...

Organizer

 Organizer

 Pengadil breifing. Jangan salah tembak, pengadil pakai baju putih

 Shoot testing. Bukan food testing!

 Team warm up

 Team preparation

 Team breifing

 Marker (Senapang) - Tanya harga, mahal jugak

 Marker

 Pallet (Peluru dia) - cecairnya dari lemak sayur-sayuran. Sesuai bagi yang vegetarian. Opps... tak boleh dimakan ya! Senang dicuci jika terkena baju

Marker

Aku pun tak tahu banyak pasal main Paintball ni. Yang aku tahu tembak je musuh kita tu dan touch diorang punya kubu (kubu ke?), kalau salah tolong perbetulkan. Ada ramai group jugak yang main, jadi suasana agak meriah. Sebenarnya aku ambik gambar dari luar saja. Nak masuk dalam agak cuak jugak sebab peluru Paintball ni laju-laju belaka. Kalau tepat kena cermin lensa kamera boleh pecah wooo! Nak ambik gambar kat dalam kena pakai face mask, aku tengok face mask dia macam rimas nak pakai. Dan sebarang kecederaan yang berlaku ke atas kamera kita organizer tak bertanggungjawab kerana tak ada face mask untuk kamera. Lagipun padang permainannya di kelilingi jaring bagi mengelakkan peluru terlepas keluar. Jadi, aku shoot la gambar-gambar tu dari lubang jaring je. Tu pun kena jugak dua tiga das. Puas jugak nak mengelap kamera aku ni... Jom tengok aksi diorang berperang...

Dah mula... masa tengah lari nak menyorok pun peluru bersimpang-siur atas kepala. Mana tak sempat nyorok memang kena la empat lima butir

 "Eh, ko nak lari ke mana pulak tu..."
"Aku gi toilet jap... ko cover, ko cover..."
"Buleh pulak cenggitu!"

 Aksi

 Aksi

 Aksi

 Aksi

 Aksi

Kakak ni dah kena sebijik kat cermin face mask dia. Bayangkan kalau kena bijik mata. Tu sebab main Paintball ni ciri-ciri keselamatan kena ambik berat

Main Paintball ni yang aku tahu sapa kena tembak kira 'mati' dan keluar dengan segera dari permainan tu sambil tangan diletakkan atas kepala. Kalau kena sebijik dan kita buat tak tahu je, pengadil akan batalkan group kita. Kira kalahlah satu kumpulan tu. Dan aku respek kat pengadil-pengadil Paintball ni. Mata diorang nampak je mana-mana yang dah kena tembak, cepat-cepat dia suruh out!

"Mana ada kena ref! Ha, tengok... takde kesan peluru pun..."
"Memang le ko tak kena tembak... tapi ko dah tembak pengadil... kira out jugaklah!
(Untuk makluman sekali lagi, pengadil pakai baju putih)

 "So... saya kena keluarlah ni...?"
"Ye... get out! Lain kali jangan tembak pengadil tau..."

 Peserta wanita

Aksi

 "Okeh, aku lari belah sana...ko kaber..."

 "Lah... tak sempat nak lari dah kena!"
"Tu laaa... yang ko duduk kat situ buat apa!"

 Aksi

 Isi pallet (peluru)

 Brader ni selamber yaya je pakai t-shirt dengan jeans. Agaknya dah lali kena peluru Paintball tu

 Terer tak... isi peluru sambil tembak...

 "Eh, botol susu anak ko pun ade kat belakang ni"
"Ko biar betik, aku dah check tadi..."
"Hahahahahaa..."

 Cuci

Dah habis game

Pertandingan tu habis sekitar jam 5 petang. Aku pun tak tahu team mana yang menang sebab aku ditugaskan amik gambar masa game berlangsung je. Selepas cuci kamera dan baju yang dah terkena peluru sesat tu aku terus balik. Sempat jugak aku tanya kat member, best ke main Paintball ni? Dia kata, memang best di saat kita menyarungkan jaket tebal atau celoreng dan pakai face mask lalu melangkah masuk ke gelanggang, rancang strategi, akan terasa macam bersemangat nak menembak musuh kita. Time tu dada berdebar-debar je sambil berfikir, tak kita 'mati' musuh kita yang 'mati'. Walaupun cuma permainan feel dia lain macam sikit. Entah la, mana-mana yang pernah main Paintball ni mungkin akan berperasaan macam tu gamaknya dan masa ambik gambar pun aku  rasa best je tengok diorang 'berperang'.