Selasa, 21 Oktober 2014

Photo Shoot - WHITE WATER RAFTING

Jom ke Sungai Kampar! Kali ni pegi ambik gambar untuk staff Kumpulan Media Prima yang berwhite water rafting di Sungai Kampar, Gopeng, Perak. Tujuannya untuk memberi lebih pengalaman kepada kakitangannya merasai cabaran mengharungi jeram yang berliku dan deras ini. Walaupun Sungai Kampar dikategorikan sebagai tahap ii & iii namun bagi yang pertama kali berakit di sini memang boleh gugur jantung walaupun jeramnya tak bertingkek-tingkek sangat!

Pagi-pagi selepas subuh aku dah sampai ke Pejabat Media Prima dengan seorang lagi kawan yang ditugaskan untuk mengambil gambar-gambar diorang. Ramai jugak pesertanya, dua buah bas diorang sewa. Oleh sebab program ni cuma sehari (balik hari), maka perjalanan diteruskan tanpa menunggu Pakcik Raju... (Errr... sapa Pakcik Raju tu aku pun tak tahu)

Towel

Masuk barang dalam bas

Selepas berehat sekejap di R & R Rawang untuk membuang segala air, perjalanan diteruskan ke Gua Tempurung untuk menikmati sarapan pagi dan terus menuju ke Sungai Kampar.

Dah sampai ke Gua Tempurung

Sarapan pagi

Naik lori

Nak menuju ke jeram tu memakan masa lebih kurang 1 jam melalui jalan kampung yang sempit dan berlopak dengan menaiki lori yang sedia menunggu. Melambung-lambung jugaklah sementara nak sampai ke tempat tujuan. 

Yey yey dapat naik lori. Bagi yang tak pernah naik lori, ini pengalaman pertama bagi diorang. Punyalah seronok sampai muka berbelang dilibas dahan yang berjuntai

Konvoi beramai-ramai

Sampai ke Kampung Jahang

Kampung Jahang. Banyak homestay dan chalet

Dah sampai di River Bug

Semua dah pakai life jacket dan pendayung

Taklimat keselamatan oleh guide

Dengar taklimat

Angkut rakit menuju ke jeram. Semua peserta kena angkut rakit (rakit ke?) masing-masing. Berpeluh jugaklah nak berjalan lebih kurang 150 meter menuju ke tempat permulaan 

Sesi pemanas badan... ada yang tak biasa kayuh maka berpusing-pusinglah rakit tu

Tak betul lagi kedudukannya... masih berpusing-pusing lagi kat situ

Dah nak mula mengharung jeram

Hohoho... 

Dah masuk jeram

Jaga! Depan ada batu!

Menjunam ke jeram, tapi tak terbalik dan takde yang tercampak

Guide (guide pun nak terbalik!)

Program mengharungi jeram tamat sekitar 2 jam. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun ada yang pada mulanya agak takut dan gementar. Shoot di jeram-jeram yang berbahaya hanya dilakukan oleh guide yang berpengalaman dengan menaiki kayak bersama casing kamera kalis air. Kitorang shoot dari tebing-tebing berbatu je. Jadi takde la muka-muka saspen dapat kami rakamkan.

Makan tengahari. Masing-masing dah kelaparan selepas bermain air

Tunggu ayam bakar

Acara sukaneka di sebelah petang

Mandi sungai

Penyampaian hadiah dan sijil

Tamat program jam 6 petang

Bye Abang Guide... semoga berjumpa lagi (Ini adalah Surau)

Selamat tinggal Sungai Kampar

Terima kasih kepada group ni, walaupun baru kali pertama jumpa macam dah kenal lama. Diorang ni memang kelakar dan sporting. Sampai KL jam 9.00 malam aku dah terbungkang kepenatan.