Rabu, 13 Ogos 2014

Jom Raya - KUALA TERENGGANU (PART 02)

So, dah puas beraya... Raya kedua aktiviti jalan-jalan sekitar pantai di Kuala Besut pun bermula. Hari raya kedua dah tak berapa meriah sangat. Orang dah sibuk berjualan macam biasa. Kedai-kedai makan pun dah mula beroperasi. Kami menyusuri jalan pantai melihat-lihat orang berkelah, berlari dan bertenet (berdating).

Nelayan pun dah nak keluar mencari rezeki


Tumpang bergambar depan Bisikan Bayu Beach Resort

Tujuannya nak bersiar-siar je di tepian pantai hari tu, tengok banyak kedai dah bukak. Tak sah la kalau ke sini tak beli keropok lekor yang direbus panas-panas kan? Selain digoreng, keropok lekor ni sedap jugak dimakan selepas direbus. Lembut dan bersari. Kami beli sekadar alas perut je sambil lepak-lepak tepi pantai...

Keropok lekor losong

Bikin keropok lekor

Anak aku dah teruja tengok makcik tu buat keropok

Keropok losong yang dah siap

Okeh, dah makan keropok, jom cari nasik air pulak. Sebenarnya kami tak suspect pun kedai nasik air ni bukak. Saja nak try lalu depan kedai dia je. Alih-alih bukak pulak raya kedua ni. Ni la kedai nasik air Mok Teh yang popular kat Pantai Semerak ni. Kalau jalan-jalan ke Terengganu memang kedai ni la kami singgah pekena nasik airnya yang sedap tu.

Depan kedai. Kedai Mok Teh ni dari dulu sampai sekarang sama je

Jeruk buah sto... tak sedap dan tak sama rasa masa beli kat bazar Ramadhan Permaisuri hari tu. Kuahnya masam

Jeruk kelubi. Tapi kat plastik dia tulis buah kedondong

Jajan-jajan

Air botol

Nasi Air

Makan Nasi Air - satu besar, satu kecik

Abih dua mangkuk dia sorang. Ini budak memang suka Nasi Air

Anak kecil menangis

So, 4 hari 3 Malam di Terengganu merasa suasana Raya di sana boleh dikatakan meriah jugaklah. Bila dah semuanya berkumpul dan berkonvoi ramai-ramai menziarah sanak saudara, hilang rasa penat memandu seharian. Oleh sebab cuti pun tak panjang, raya ketiga kena balik KL semula.

Singgah sarapan di Pantai Batu Burok

Tapau Air Nira buat bekalan balik. Botol kecik orang rumah punya. Botol besar aku punya. Minum semasa dalam pemanduan. Segar je badan. Harganya pun dah naik. Air Nira botol kecik tu dah RM4.50 sebotol. Dulu RM3.50 je. Botol besar RM10.00. Makcik tu bagi aku RM8.00 je

Lepas singgah sembahyang Jamak Zohor-Asar kami teruskan perjalanan balik. Aku dah lupa nama masjid ni

Nasib baik jalan tak jem lagi. Cuma sesak sikit kat tol Bentong je. Sampai rumah jam 7.30 malam. Alhamdulillah... selamat pergi dan balik. Err.. tahun depan sapa nak balik Terengganu lagi? haram anak bini aku tak peduli sebab semua dah kepenatan... sekian adanya...