Sebenarnya ni last minute punya planning la ni. Memula nak beraya di Perak, pastu kat Ulu Beranang atau ke Melaka rumah adik. Nak beraya di Perak tak jadi sebab dengarnya kakak yang sulong nak bawak mak dan ayah beraya di Taiping... nak beraya di Ulu Beranang rumah sebelah ayah orang rumah pun tak jadi sebab ramai yang tak balik, diorang beraya di rumah mentua masing-masing. Nak ke Melaka pun tak jadi sebab adik dah bekerja pada Hari Raya ketiga. Sudahnya plan akhir terus beraya ke Terengganu rumah emak sebelah orang rumah jugak... (wahh... banyaknya kampung). Lagipun, aku tak pernah beraya kat sana lagi. Aku nak merasa macam mana suasananya.
Sebenarnya aku cuak jugak dengar jalan jem sana-sini sebelum raya hari tu. Lagi-lagi adik ipar aku sms jem teruk nak menuju ke Kuala Lipis dan Gua Musang. Dah 16 jam tak sampai-sampai lagi. Untuk mengelak kesesakkan kami bergerak pada hari Ahad selepas Subuh (sehari sebelum raya) dengan melalui jalan bandar atau jalan pantai je. Aku dah pesan kat anak-anak dan orang rumah aku awal-awal lagi, kalau jalan jem teruk jugak hari tu, kami patah balik KL dan beraya di KL je... tapi alhamdulillah, jalan clear je. Ni first time jugak, kami keluar jauh di bulan Ramadhan yang masih berbaki satu hari ni. Macam biasa anak aku akan bertanya bila nak sampai... bila nak sampai sebab 4 kali dia tidur masih tak sampai-sampai lagi... maklumlah, aku drive slow je sebab berpuasa... 12 jam jugak baru sampai ke Kuala Terengganu heheh...
Dah nak sampai (tapi sebenarnya jauh lagi... dan anak aku sambung tidur balik)
Cuaca pulak tak panas hari tu, kalau tak mahu aku bukak posa aku atas alasan bermusafir. Alhamdulillah, anak-anak aku pun berjaya habiskan puasa diorang walaupun sehari suntuk tidur baring dalam kereta menuju ke destinasi... lapar dan dahaga tu memang terasa sangat, tapi tahan je la...
Singgah dulu beli air nira kegemaranku buat berbuka puasa nanti. Sedapnya diminum sejuk-sejuk...
Singgah di Bazar Ramadan Permaisuri. Tak ambik gambar pun suasana kat bazar tu. pasal lebih teruja tengok orang berjualan bermacam-macam juadah. Beli sedikit juadah untuk berbuka puasa nanti. Yang ni Kerabu Sarang (Rumpai Laut) namanya. Mula-mula aku tak makan pun benda ni sebab macam rumput je. Lama-lama sedap pulak. Ia diadun dengan sambal cili, budu dan macam kelapa parut ke apa aku tak tahu sangat resepinya, kalau kat KL selalunya dijual di bulan puasa je...
Nasi air untuk aku
Nasi kerabu anak aku
Laksam untuk Orang Rumah. Yang dalam plastik merah tu sejenis jeruk. First time aku rasa memang terangkat. Jeruk buah sto namanya (entah betul ke tak aku eja). Dia punya kuah masam-masam manis dan pedas sikit, isinya lembut macam kapas. Belum sempat ambil gambar dah habis aku balun 3 bijik! Lepas tu berak lawas semacam je hahahaha...
Tunggu waktu berbuka
Alhamdulillah, selesai sudah berpuasa di bulan Ramadhan. Semua dah berkumpul selepas melalui perjalan yang panjang...
Di Pagi Hari Raya... meriah jugak macam tempat-tempat lain. Lepas sembahyang Sunat Aidil Fitri mulalah menziarah saudara mara sebelah mak mentua aku. Satu hari beraya sakan!
Raya pertama, pakai jubah beli kat Mekah dulu
Ini budak kalau dah dapat pegang kamera susah mau pulang balik oooo... habih semua dia snap
Ketupat palas. Ketupat ni manis. Tu sebab takde cicah apa-apa
Tapai pulut, manisnya... sedapnya...
Lemang. Tapi takde cicah rendang. Lemang makan dengan serunding je
Ketupat palas yang manis tadi. Sesetengahnya digoreng macam ni. Aku tak berapa gemar sangat, bila dah sejuk bila makan akan melekat kat gigi
Makan ais krim
Ais krim. Rasa epal hijau
Aku: "Eh, tengok sini laaa... abang nak amik gambar ni..."
Beruk: "Malas nak layan aahhhh... (sambil buat muka sombong)"
Bersambung...