Selasa, 19 Ogos 2014

Kenapa ALI PANCING?

Sebelum tu aku mintak maap banyak-banyak la sebab ramai pembaca suspek (suspek ke?) blog aku ni adalah blog memancing.  Dulu aku seorang kaki pancing yang agak tegar jugaklah. Banyak lubuk dan tempat aku pegi sementelah aku adalah salah seorang wartawan dan pelukis sambilan dalam salah sebuah majalah memancing kat Malaysia ni iaitu Majalah Pancing terbitan Life Publishers Berhad di bawah bumbung Nanyang Siang Pau. Skop kerja aku dengan majalah ni dulu ialah cari bahan artikel untuk kolum Siri Kolam Bayar yang mempromosikan pengusaha-pengusaha kolam memancing berbayar yang dulunya tumbuh bak cendawan (sekarang pun banyak jugak). 


Sedia berkhidmat

Masa nak cari bahan untuk majalah, memancing kat longkang pun ok... janji ada ikannya

Selain itu aku buat jugak artikel memancing di tempat lain selain memancing kat kolam bayar ni. Memancing di parit, paya, longkang, lombong dan laut aku akan hantar kat Majalah Pancing untuk disiarkan. Memancing di Pasar Borong atau di Pasar Sentul tak bolehlah, nanti Editor reject! 


Ha, longkang ni nampak biasa je kan... ada ikan jugak kat bawah rumput tu

Parit, lepas keluar dalam majalah ramai yang serbu. Diorang sekat dengan jaring atas dan bawah. Lepas tu halau ikan dari tepi-tepi tebing berumput tu. Putih je mata tengok banyak ikan tersangkut kat jaring

Idea nak buat blog ni datangnya dari Orang Rumah (OR) aku. Selain Facebook untuk mengenali dan berkenalan bagi mendapatkan info tempat memancing, dia suruh buat satu blog untuk aku catatkan pengalaman-pengalaman memancing aku. Maka terciptalah nama Ali Pancing tu (dia yang bagi nama tu). Aku pun suka jugaklah. Namun bila pembaca asyik bertanya kenapa entri memancing dah jarang-jarang keluar dalam blog aku ni... dah tak memancing lagikah? Kenapa dah tak menulis lagi dalam Majalah Pancing tu? Dah pencen memancing ke? Dan aku mula rasa bersalah.

Mancing sorang-sorang

Bukan aku dah pencen memancing, cuma kurang memancing je. Minat tu masih ada, kadang-kadang masa tu tak mengizinkan. Cerita bab memancing ni ada satu peristiwa yang buat aku nak gantung joran, bila ada segerombolan Mat Jaring yang selamba katak je rentang jaring kat port memancing kita. Tak hangin satu badan ke? Kita tengah syahdu memancing tunggu ikan patuk umpan, diorang selamba je menjaring dan menjala kat sebelah kita. Ada satu port ni kitorang redah kononnya lubuk baik punyalah... takde orang tahu lagi lubuk ni. Ikan banyak, pendek kata seronoklah nak menulis dan siarkan dalam Majalah... alih-alih, dua tiga kali pegi ripit dah nampak orang rentang jaring... kebanyakan lubuk atau port memancing yang dah keluar majalah ni pasti kena serang dengan Mat Tuba atau Mat Jaring. Banyak kali jugaklah kalau gi memancing jauh-jauh pun kadang-kadang terjumpa tong tuba, serpihan bom ikan dan jaring dalam semak. Frust je rasa.

Ada jaring...

Ada tulang ikan

Baling gewang sampai panjang sebelah tangan, hasilnya tarak. Sekali tarik dapat jaring lama kat dasar tasik tu. Patut le takde ikan


Last-last jadilah blog aku ni blog macam-macam entri, ada entri balik kampung, entri pegi bercuti dan macam-macam entri lagi. Kadang-kadang ada jugak rasa nak tukar je nama Ali Pancing tu, letak nama lain seperti Ali Goes to Vocation ke, Ali Whats Going On ke, atau Ali What About You... tapi macam tak best la pulak. Oleh kerana aku ni suka membaca maka semua blog memancing, blog travel, blog pasal makanan dan percutian aku baca. Kepada rakan-rakan blogger kat Malaysia ni, teruskan entri anda dalam menyampaikan info tentang minat dan pengalaman masing-masing. Dan terima kasih kerana masih melawat blog aku yang tak seberapa ni... kalau search Google 'ali pancing' pastu takde cerita memancing, jangan marah ya.