Sepanjang lima hari di Madinah aktiviti kami diselang-selikan dengan program ziarah atas bimbingan Ustaz Samsul Arifin - Mutawwif yang dilantik oleh pihak Felda Travel.
Jika tiada apa-apa aktiviti dilakukan, Masjid Nabawi inilah menjadi tempat kunjungan tetap kami. Terasa sayang meninggalkan Masjid Nabawi ni walau sesaat waktu pun. Kedudukan hotel penginapan yang hampir dengan masjid ni memudahkan aku dan jemaah lain berulang-alik ke sini.
Jika tiada apa-apa aktiviti dilakukan, Masjid Nabawi inilah menjadi tempat kunjungan tetap kami. Terasa sayang meninggalkan Masjid Nabawi ni walau sesaat waktu pun. Kedudukan hotel penginapan yang hampir dengan masjid ni memudahkan aku dan jemaah lain berulang-alik ke sini.
Jemaah wanita - Ketika program Ziarah sekitar Masjid Nabawi
Sebahagian jemaah lelaki
Di Masjid Nabawi
Masjid al-Nabawi (Bahasa Arab: المسجد النبوي al-Masjid al-Nabawīy), disebut "Masjid an Nabawi" atau "Masjid Nabi" ialah masjid yang kedua paling suci bagi umat Islam. Di sini juga terdapat Makam Rasullullah SAW. Masjidil Haram merupakan masjid paling suci dan Masjid al-Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam.
Lorong ke Masjid Nabawi
Masjid Nabawi
Dari hadapan masjid
Ramainya orang ketika Solat Jumaat
Masjid ini asalnya dibina oleh Rasulullah SAW sendiri, bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi. Masjid pertama yang didirikan oleh Rasulullah SAW semasa peristiwa Hijrah ialah Masjid Quba.
Masjid Nabawi dari dalam
Di tiang-tiang masjidnya diletakkan Al Quran. Tak ada tiang yang kosong, semua terisi dengan Al Quran
Aku di Masjid Nabawi
Selesai solat
Di luar masjid
Ketika zaman Rasulullah SAW dan Khulafa al-Rasyidin, Masjid Nabawi tidak memiliki sebarang bentuk menara. Orang yang pertama sekali membina menara Masjid Nabawi ialah Umar bin Abdul Aziz pada tahun 93 Hijrah, iaitu dengan mendirikan empat menara masjid yang tingginya lebih kurang 27.5 meter (90 ka) pada empat sudut.
Ada bahasa Melayu (Bahasa Indonesia)
Penjual Al Quran untuk diwakafkan di Masjid Nabi SAW
Payung di Masjid Nabawi
Rehat-rehat selepas solat
Masjid Nabawi
Pembinaan menara kemudian diikuti Qaitbay yang membangunkan menara kelima di Babur Rahmah. Kelima-lima menara Masjid Nabawi ini terus dipertahankan sehinggalah tiga buah menaranya diruntuhkan untuk memberi laluan kepada projek Perluasan Saudi Pertama. Kemudiannya tiga menara yang diruntuhkan telah diganti dengan dua buah menara baru setinggi 72 meter. Lalu pada Projek Perluasan Saudi Kedua ditambah lagi dengan 6 buah menara Masjid yang setiap satunya berketinggian 104 meter, tinggi hilal 6 meter dan beratnya mencecah 4.5 tan. Sehingga kini Masjid Nabawi mempunyai 10 buah menara masjid. Perlu juga diketahui bahawa tinggi menara Masjid utama ialah 44.53 meter, sedangkan menara di Pintu Salam (Babus Salam) adalah setinggi 38.85 meter. (SUMBER: WIKI)
Masjid Nabawi
Masjid Nabawi dari depan
Menara di sebalik payung
Air Zam Zam di setiap sudut masjid
Menara Masjid Nabawi
Masjid Nabawi
Perkuburan Baqi' - Kunjungan hari tu tak boleh masuk, kami hanya berdoa dan sedekah Al- Fatihah dari luar sahaja
Perkuburan Baqi’ ini menempatkan 10,000 jenazah termasuk makam para Ahlul Bait, isteri-isteri Rasulullah SAW (kecuali Siti Khadijah binti Khuwalid kerana beliau dikuburkan di Jannatul Ma’ala), para sahabat besar, para tabien, para syuhada dan ulama-ulama salaf. Perkuburan Baqi’ terletak di tenggara Masjid Nabawi. Perkuburan Baqi’ juga dikenali dengan Jannatul Baqi’ atau Taman Syurga. Sayu je hati bila berada dipersekitaran kubur ini.
Apa-apa pun Masjid Nabawi meninggalkan kerinduan buat aku untuk berkunjung lagi ke sana. Walaupun cuaca agak panas ketika itu, ianya menjadi pengajaran kepada aku betapa susah dan getirnya perjuangan Nabi SAW dulu dalam menyiarkan syariat Islam. Bukan faktor cuaca juga menjadi halangan beliau, musuh-musuh Islam juga berusaha menggagalkan usaha Baginda Rasulullah SAW.
Bersambung...