Seperti kebanyakan pakej-pakej Umrah lain, program ziarah akan diadakan di sekitar Madinah atau luar kawasan Madinah bagi memberi pengetahuan dan pengalaman sambil melihat sendiri sejarah di sesuatu tempat tersebut. Beruntungnya bagi kami dapat melihat sendiri tempat-tempat sejarah yang pernah menjadi tempat Nabi SAW menyiarkan syariat Islam suatu ketika dahulu.
Pemandu bas kami... bawak bas punyalah laju
Ustaz Samsul Arifin, Mutawwif kami yang pemalu dan banyak membantu. Jika ada keizinan dari Allah SWT aku nak berjumpa dia lagi. Menetap di Mekah hampir tujuh tahun Ustaz ni...
Dalam perjalanan yang kiri kanannya hanya padang pasir dan bukit bukau yang kering dan tandus ini memberikan kesedaran kepada kami bagaimana sukarnya Nabi SAW dan para sahabat berkelana merentasi keadaan yang sukar ini. Cuaca panas hari ini sekurang-kurangnya kami boleh berlindung di dalam bas yang berhawa dingin.
Perjalanan untuk Program Ziarah
Ziarah pertama kami ke Masjid Quba
Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid an-Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi SAW sebelum baginda tiba di Madinah ketika berhijrah dari Makkah. Masjid Quba kemudian disiapkan oleh sahabat Nabi SAW.
Kubah dan menara masjid
Masjid Quba dianggap antara masjid paling suci dalam pegangan penganut agama Islam, mengikut turutannya ialah Masjidil Haram (Makkah), Masjid an-Nabawi (Madinah), Masjidil Aqsa (Baitulmuqaddis), Masjid Quba (Madinah). Masjid Quba disebut di dalam Al-Quran sebagai masjid yang dibangunkan di atas dasar taqwa.
Di hadapan Masjid Quba
Masjid Quba telah siap dibina semula dalam tahun 1986 Masihi. Kerajaan Arab Saudi telah meminta Abdel-Wahed El-Wakil, seorang arkitek Mesir untuk membina semula Masjid Quba. Abdel Wahid asalnya hendak mengekalkan struktur masjid yang lama dan digabungkan dengan bangunan baru. Atas sebab-sebab yang tidak diketahui, Kerajaan Arab Saudi berkeras untuk meruntuhkan bangunan Masjid yang lama.
Bergambar kenangan
Masjid Quba mempunyai dewan solat berbentuk segi empat, dengan sebahagian dewan solat ditempatkan di tingkat dua. Dewan solat disertakan dengan kawasan kediaman petugas masjid, pejabat masjid, bilik wuduk, kedai-kedai dan juga sebuah perpustakaan.
Terdapat 6 buah pintu masuk sebagai tambahan kepada pintu masuk utama di bahagian utara, selatan dan timur masjid ini. Masjid ini mempunyai empat menara, dengan satu menara di setiap penjuru dewan solat. Masjid ini mempunyai kawasan lapang yang boleh dilindungkan dengan bumbung yang boleh dibuka dan ditutup.
Pohon kurma di Masjid Quba
Berehat-rehat keseorangan
Program Ziarah - Ladang Kurma
Bagi penggemar kurma, terdapat pelbagai jenis kurma yang menjadi pilihan di sini antaranya Ambar, Sukari, Barni dan paling popular Ajwah yang juga dikenali sebagai Kurma Nabi. Seperti yang kita sedia maklum, kurma juga terdapat pelbagai gred. Bermula gred yang baik sehinggalah sebaliknya. Harga kurma juga bergantung kepada gred. Sebagai contoh, kurma Ajwah yang bergred tinggi harganya boleh mencecah sehingga SR130 bagi satu kilogram manakala yang gred biasa hanya sekitar SR50 - SR60 sahaja. Jadi terpulanglah pada kita nak kurma yang mana satu.
Di luar ladang kurma
Kurma Halwa
Macam-macam jenis dan warna
Penjual kurma
Coklat pun ada
Selamat datang di kebun kurma. Ramai orang pada hari tu
Bergambar kenangan sebelum balik
Kat ladang kurma ni aku tak beli apa-apa pun sebab dah banyak kurma aku beli di Kota Madinah lagi. Jadi, aku banyak merasa kurma yang berbagai jenis tu kat sini. Dan waktu kunjungan kami bukanlah musim kurma masak. Semua masih hijau dan kelat rasanya. Kebanyakan yang dijual di sini adalah stok lama. Itulah keajaiban buah kurma ni ianya tetap elok biarpun disimpan lama-lama. kami diberitahu, bulan Ramadhan adalah waktu kurma tu akan masak dan sedia untuk dipetik.
Program Ziarah kami diteruskan ke Bukit Magnet yang terletak di luar Tanah Haram iaitu lebih kurang 30km ke arah kota Tabuk. Jika dari Madinah kedudukan Bukit tersebut akan berada di belakang dan bas terpaksa melawan tarikan graviti Bukit Magnet menyebabkan bas tersebut terasa amat berat hanya mampu bergerak pada kelajuan maksimum 60-70 km/jam walau pedal minyak ditekan sehingga maksimum. Kawasan yang diliputi oleh kuasa tarikan graviti Bukit Magnet adalah lebih kurang 2 km atau lebih. Subhanallah.
Perjalanan ke Bukit Magnet (Jabal Magnet)
Kering dan tandus... cuaca panas menyengat kepala
Demo... air dicurahkan ke jalan raya. Aliran air akan naik ke atas bukan turun ke bawah. Sedangkan jalannya menaik bukan menurun. Senang cerita, air mendaki ke atas.
Bas pun sama, enjin dimatikan dalam kedudukan free gear. Bas naik ke atas. Bukan berundur ke bawah.
Bergambar di Bukit Magnet
Tahan pakcik ni kerja tengah panas...
Tamat program ziarah, kami bergerak pulang ke Madinah dengan penuh kesyukuran kerana dapat melihat dan solat di Masjid Quba yang selama ini aku lihat di majalah dan internet, dapat merasa sendiri kesegaran kurma di bumi Madinah ini serta dapat melihat kebesaran Allah SWT di Bukit Magnet...
Dan... badan dah mula terasa nak demam dan batuk-batuk. Ramai jemaah mengalami perkara yang sama... aku dah ready awal-awal ubat batuk dan demam yang aku bawa dari Malaysia. Tapi tak kebah-kebah jugak.
Dan... badan dah mula terasa nak demam dan batuk-batuk. Ramai jemaah mengalami perkara yang sama... aku dah ready awal-awal ubat batuk dan demam yang aku bawa dari Malaysia. Tapi tak kebah-kebah jugak.
Bersambung lagi...