Rabu, 31 Disember 2014

Jom Jalan - HOT SPRINGS PARK, SUNGKAI, PERAK

Sempena cuti sekolah hari tu, kami sekeluarga ke Felda Residence Hot Springs di Sungkai, Perak. Mandi air panas dan air sejuk sebab ada dua kolam di situ. Dah namanya cuti sekolah jadi pengunjung agak ramai tapi takdelah sampai bersesak-sesak nak mandi. Macam biasalah kami suka keluar awal pagi-pagi selepas siapkan bekalan. Sampai awal parking masih banyak yang kosong.

 Di simpang masuk

 Tiket dah beli

 Dah tak boleh parking kat dalam macam dulu. Pengunjung kena naik tram untuk masuk ke kolam

Tram yang akan membawa pengunjung ke kolam (gambar dari laman web Felda Travel)

 Dah ada Paintball. Target shooting je. Bolehlah untuk anak aku merasa nak pegang senapang paintball tu

 Mula nak menembak (mata rabun, banyak yang miss shooting) hahaha

 Merebus telur. Telur kena beli di kaunter. Tak boleh bawa telur sendiri (?)

Makan bekalan selepas riang bermain air sambil makan telur rebus Pengunjung boleh bawa makanan sendiri tapi kena makan di luar kawasan kolam (Tak boleh sorok makanan dalam beg, nanti security check)

Felda Residence Hot Springs sesuai untuk bawa keluarga beriadah. Lokasinya yang dekat dengan KL (lebih kurang 140km) memudahkan kita pergi balik hari je. Ada juga hotel dan Villa untuk disewa tapi agak full booking pada cuti sekolah dan hari minggu. Selain dari itu ada jugak cafeteria, surau, coffee house, sewa basikal, sewa jakuzi dan urut tradisional.

View dari belakang bangunan hotel. Dekat dengan coffee house dan kolam air panas. Suasananya hijau dan kabus agak banyak sebelah pagi sebab ianya berada berhampiran Banjaran Titiwangsa

 Bangunan Hotel, ada 64 bilik semuanya (gambar dari laman web Felda Travel)

 Dalam bilik (gambar dari laman web Felda Travel)

Kolam air panas (gambar dari laman web Felda Travel)

 Kolam air sejuk. Air dari jeram disalurkan terus ke kolam ini. Tanpa klorin dan bahan pengawet

Jalan menuju ke Villa. Ada Villa 1 bilik, 2 bilik dan 3 bilik. Di area Villa ni ada coffee house dan dekat dengan kolam air sejuk

Takdelah banyak gambar sebab aku pulun mandi habis-habisan...

Untuk pertanyaan dan tempahan bolehlah reffer alamat dan nombor telefon di bawah:
FELDA RESIDENCE HOT SPRINGS
35600 Sungkai, Perak.
Tel: 05 4388801/03
Fax: 05 4388805 
atau boleh juga melawat laman web www.feldatravel.com.my