Rabu, 31 Disember 2014

Jom Jalan - LAMAN SENI @ S7, SHAH ALAM

Jom ke Laman Seni... OR (Orang Rumah) dan anak yang bongsu okey je bila aku ajak ke Shah Alam. Nak buat apa pegi sana, kita pegi Laman Seni kat Seksyen 7, Shah Alam, ada orang conteng-conteng dinding kat sana. 

Pagi-pagi kami dah gerak meredah Lebuhraya Persekutuan yang tak berapa jem lagi. Maklumlah hari minggu mana ada orang keluar pagi-pagi sangat. Ramai yang masih membuta agaknya. Kami keluar pagi-pagi sebab susah nak parking bila sampai ke sana tengahari nanti. Kalau lewat sikit mungkin orang dah ramai, nak posing-posing ambik gambar segan pulak...

Nasik Lemak - Sedap

Sampai-sampai je lepas parking round-round dulu kawasan sekitar sambil cari kedai makan. Banyak kedai belum bukak lagi. Ada dua tiga buah kedai yang baru buka, makan nasik lemak dulu isi perut. Sedap jugak nasik lemaknya...

Green Apple Winner

Ha tengok... orang takde lagi. Senang nak ambik gambar

Kerahan tenaga berlaku - anak aku jadi model, kalau dah ramai orang nanti malu pulak dia nak bergambar


So, Laman Seni Seksyen 7 tu apa sebenarnya? Ianya adalah Program Pengindahan Lorong Belakang, merupakan inisiatif pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengubah suasana lorong belakang khususnya di kawasan komersial menjadi kawasan yang selamat, bersih, indah dan boleh dilawati oleh pengunjung serta dijadikan lokasi penganjuran sebarang aktiviti yang bermanfaat.

Kaca-kaca



Payung-payung bergantungan

Jangan direbut pisang itu

Lukisan mural ini dipilih melalui Pertandingan Laman Seni 7 Shah Alam yang mempertandingkan 4 jenis kategori iaitu ‘3D Painting’, ‘3D Installation’, ‘Street Furniture’ dan ‘Painting On Site’. 10 penyertaan terbaik dari setiap kategori dipilih ke peringkat akhir untuk dinilai dan diberi kebenaran untuk melaksanakan projek lukisan mural di Laman Seni 7 Shah Alam. Konsep lukisan mural ini bertemakan komuniti Shah Alam atau ‘Shah Alam community’, tarikan pelancongan atau ‘tourist attraction’ dan berkonsepkan kehijauan atau ‘green concept’. Copy dari laman Web MBSA.


Ini Cherita Kita

Bergurau dengan sang gajah

Paru-paru

Teratak

Santai

Bumiku

Apa ntah

Bermain dengan kucing


Botol dan plastik

Bujang Lapok



Berehat di taman


In Frame

Laman Seni ni kat belakang Gulatis tu

Lorong Belakang



Dah hampir tengahari kami bergerak pulang, orang pun semakin ramai, ada yang sibuk bergambar dan mengambil gambar.

Pada aku memang cantiklah lorong belakang ni bila dah ada lukisan-lukisan camtu. Dengarnya ada gerai jualan, ada seniman jalanan dan macam-macam lagi. Mungkin sebab kami datang terlalu awal jadi takdelah lagi aktiviti tu. Syabas MBSA kerana ia menjadi salah satu tarikan buat pelancong macam aku ni...

LOKASI:
Laman Seni @S7
Lorong Belakang kawasan komersial Jalan Plumbum Q 7/Q, 
Seksyen 7, Shah Alam.