Teluk Batik, last pegi sana masa tadika anak aku buat lawatan sekitar tahun 2008 dulu. Sekarang dia pun dah besar baru teringat dah lama tak pegi Teluk Batik. Okeylah, aku pun booking la bajet hotel selama 3 hari 2 malam. Kali ni biar anak aku mandi puas-puas (sebenarnya aku yang mandi lebih-lebih - lama tak mandi laut)
Macam biasalah kalau ke Lumut ni kami akan menginap di GM Holidays Hotel. Hotel murah je, tapi bersih dan privacy sikit. Yang penting ada wifi walaupun takde breakfast.
Pagi-pagi lagi kami dah gerak menuju ke destinasi melalui Lebuhraya LATAR untuk singgah di Sabak Bernam membeli sedikit makanan ringan. Selepas singgah di Pasar Bagan Dato untuk beli ketam kami sampai di hotel pukul 1 Tengahari.
Sebelah hotel ada kedai menjual hasil laut. Borong la sedikit buat kudap-kudap dalam bilik nanti. Lagipun sampai awal tak boleh check in lagi...
Layan gambar je, tengok apa ada dalam kedai ni
Tanglung
Kapal
Hah, ada Lego! - Tak beli pun, kat rumah dah banyak
Tengok lalat kena gam
Tulang ikan kering
Main dengan udang kering
Sotong kering bergantungan
Keropok udang
Jemur ikan kering
Ikan talang
Depan hotel
Malam pulak keluar ke Dataran Lumut. Banyak jugak la aktiviti pada malam tu. Ramai pengunjung lain bersiar-siar dan memancing tepi tebing tu. Niat hati nak mancing jugak, tapi mengenangkan umpan tak ada, tunda tahun depanlah nampaknya...
Depan Dataran Lumut
Udang kara
Ikan besaq
Ada orang jual buku
Diiringi petikkan gitar
Madah berhelah
Boleh main buih - satu baldi kecik singgit je
Lepas makan balik semula ke hotel
Keesokannya pagi-pagi lagi kami dah keluar menuju ke Teluk Batik. Banyak perubahan dah berlaku tak seperti kunjungan kami sekitar tahun 2008 dahulu. Dah banyak kedai-kedai makan dan kedai cenderahati.
Pantai Teluk Batik
Dah banyak aktiviti laut. Banana Boat, Jet Ski dan Sewaan Bot untuk bersiar-siar sekitar Pulau Pangkor. Yang tak bestnya semua aktiviti dilakukan berhampiran dengan tempat pengunjung lain mandi-manda... nampak macam bahaya je
Sewa kerusi
Anak aku dah masuk air
Dah mula berenang-renang ke tepian
Dia punya istana pasir - aci buat je, janji siap
Bot sewa untuk keliling pulau - Tak sampai sepuluh minit dah balik ke pantai
Baywatch Tower
Surf Rescue
Dataran Teluk Batik
Dataran Teluk Batik
Gerai jualan
Penginapan sekitar Teluk Batik memang banyak dengan Bajet Hotel. Sebelah hotel yang kami duduki pun ada beberapa buah lagi Bajet Hotel yang baru beroperasi dan masih dalam pembinaan. Bolehlah pilih yang mana berkenan. Jarak dari hotel ke Teluk Batik cuma 15 minit berkereta.
Hotel Pavilion Inn
Holiday Inn - Sedang dalam pembinaan
Valley View Hotel - Dah beroperasi
Sekian adanya...