Selasa, 9 April 2013

UDANG GALAH TELUK INTAN

Teluk Intan sememangnya terkenal dengan udang galahnya, memancing di sini tak perlu menunggu musim-musim tertentu, ia boleh dipancing sepanjang tahun. Cuma perlu ada kepakaran sedikit menentukan hari yang baik untuk memancing udang galah di sini. Pilihannya pada waktu air mati, dan elakkan memancing pada musim hujan kerana udang galah menjadi pasif untuk menggetu umpan. Namun bagi kami yang kurang berpengalaman ni, kami main terjah je ke sana. Asal dapat memancing dan menimba pengalaman jadilah, hasil pancingan letak di perkara no 8 bak kata orang. 

Kami tiba sekitar jam 8 pagi, selepas urusan pembayaran sewaan bot dibuat, maka bermulalah aksi udang kami... aku satu bot dengan Azizi, Che Wan Mohamad dengan Rizal...
Tengok sampan dia pun ngeri jugak time air besar ni, namun bila diberitahu oleh Rizal dan Azizi yang kami memancing berhampiran tebing je, baru la sedap hati sikit...


Tangkapan pertama Azizi dengan udang betina...

Orang panggil ini ikan parang sungai... betul ke?

 Lagi udang saiz untuk dimakan dengan mee segera

Aksi Rizal dengan sepit birunya, namun terlepas akibat rontaan kuat si sepit biru tu

 Antara pengacau umpan kami

 Udang yang sarat dengan telur, kami datang time musim dia bertelur agaknya

 Rizal dengan Che Wan tak putus-putus terima strike di spot sini. Yang diorang gelak tu sebab ingatkan dapat sepit udang, rupanya ranting kayu

Walaupun saiz tak cukup besar, ok lah dari takde langsung

Azizi pun sama jugak (pinjam udang Rizal buat bergambar... hahahaha)

Otai ni asyik dia je yang dapat, dapat kecik ke besar ke dia cool je...

Tekong kami

Aku... dapat kecik-kecik je...


Aik, kecik ni pun dah bertelur? 

Ada jugak sepit biru sikit walaupun sepit tak berapa panjang

Pinjam udang orang lain buat bergambar... hihihihi


Haa, yang ni aku dapat betul. Time aku tengah makan nasi bungkus, dia makan umpan aku...

Che Wan dengan udang penutupnya...

Kami tamatkan trip pada pukul tujuh dan bergerak pulang dengan hati riang walaupun tiada tangkapan yang besar-besar. Takpe, nanti boleh ripit lagi sebab time kami datang ni waktu air sejuk dan air besar. Jadi kami memancing disekitar tebing sungai je. Sewa sampannya pun murah je... umpan paling berkesan, perumpun. Tapi kena beli dulu di Pekan Sungkai sebab kat area ni takde orang jual perumpun ni...

SEHARI DI TG. KARANG

Trip dijalankan pada 19 Jan 2013 yang lalu bersama bro Azizi dan Saiful Beb. Trip ni kami tak mengharapkan tangkapan yang best-best pun, lebih pada memancing sambil main masak-masak dan berjemur di tengah panas hahaahaaaa... oleh kerana tersilap membaca jadual pasang surut, maka kami sampai  tatkala air sedang surut jam 9.00 pagi. Sementara nak tunggu air pasang pukul 5.30 petang nanti kami mempunyai banyak masa untuk memasak dan menyediakan makanan tengah hari...


"Air surut tak semestinya takde ikan" ujar Azizi
Namun 10 kali balingan akhirnya beliau give up (tak tahan panas)

Air surut lagi...

"Daripada kau dok mancing time air surut ni, lagi baik kau goreng ikan laaaa..."
"Yelaaa, nak goreng ikan la ni..."

 "Huh, takpe. Aku buat cokodok bawang ye..."
Terima kasih kat Saiful Beb sebab beliau rajin masak.

 Sementara tunggu nasik masak, baik bergambar dulu.

Menu simple kitorang. Sardin, Telur dadar, ikan bilis goreng dengan kacang, ikan masin dan cokodok bawang... huh, ni baru makan tengahari jee...

Lepas makan kitorang pindah kat atas sikit, ada beting batu kat situ. Ini pun salah satu port mancing yang best jugak kat area ni, oleh sebab air surut lagi maka kami je la yang memancing kat situ. Saiful Beb dapat jugak anak gelama...

 Azizi pun sama dapat gelama yang tak cukup umur lagi...

 Aku? Kumpau laaa.... jangankan anak gelama, anak berudu pun tak langgar tali pancing aku.

Kitorang lepak sekejap je bila air dah mula nak bergerak pasang sebab Saiful Beb dah terpijak teritip kat batu tu, kaki terbelah... darah punya la banyak keluar. Aku tak ambil gambar sebab tak sampai hati tengok kaki kawan berdarah... beliau dibawa ke Hospital Tanjung Karang dan menerima beberapa jahitan...

Cuba tengok teritip/kepah yang melata kat atas batu tu, bayangkan kalau tak pakai kasut bila terpijak kat atas tu... 

Semua yang berlaku atas ketentuanNya, namun sebagai manusia kita perlu redha dan bersedia atas apa yang bakal berlaku. Atas kejadian tersebut sukalah saya berpesan kepada kawan-kawan semua, agar berhati-hati bila memancing di kawasan sebegini. Bawalah bersama peralatan perubatan di samping barangan memancing yang lain...







KOLEKSI FOTOGRAFIKU - 02

Muzium Maritim, Melaka

Kuala Besut

 Keheningan

Bukit Keluang

Tanjung Karang

Titiwangsa




Kuala Besut

FRIM



KOLEKSI FOTOGRAFIKU - 01

Muzium Maritim, Melaka

Sg. Congkak

Jeti Tanjung Leman

Lambaian Pepohonan

Kuala Besut 

Bot Kerdil Nelayan 1



Bot Kerdil Nelayan 2

Bot Kerdil Nelayan 3

Pantai Kemasik

Bot Kerdil Nelayan 4


2 HARI 1 MALAM - PONDOK MAK LANG

Atas tuntutan dan keinginan anak yang bongsu yang suka berkelah dan berkhemah, maka tidurlah kami di dalam khemah 2 hari 1 malam di Pondok Mak Lang, Sg Congkak. Kawasan sederhana luas ini amat sesuai untuk berehat dan mandi manda. Tengok gambar dulu...



Possing dulu kat Surau. Kat Pondok Mak Lang ni disertakan juga kemudahan Surau dan tandas yang bersih. Kawasan halamannya juga sentiasa di selenggara oleh Pak Mat. Pak Mat ni baik hati dan sentiasa membersihkan kawasan ni. 


Ha, ni salah satu chalet yang Mak Lang sewakan. Simple je. Kami pilih tidur dalam khemah je sebab anak yang bongsu ni sukakan cabaran. Budak ni kalau dah penat mandi dan makan, senang diorang tido lena je. Kita yang terkebil-kebil tak bleh tido pulak... Sebelum mandi sediakan makan dulu... ibu dia yang masak, kitorang tolong makan je...


Si Abang pun tolong masak... dia kena buat stok sebab dia makan banyak...


Sekali sekala bercuti di luar kota best jugak, jiwa rasa tenang je menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.
Air Krim ni yang buat terliur ni... 






Bila dah takde keje nak buat... 




Pagi hari kedua, diorang dah mula main air... tak sejuk ke?


 Bergambar kenangan dengan adik ipar yang turun dari Shah Alam