Selasa, 9 April 2013

UDANG GALAH TELUK INTAN

Teluk Intan sememangnya terkenal dengan udang galahnya, memancing di sini tak perlu menunggu musim-musim tertentu, ia boleh dipancing sepanjang tahun. Cuma perlu ada kepakaran sedikit menentukan hari yang baik untuk memancing udang galah di sini. Pilihannya pada waktu air mati, dan elakkan memancing pada musim hujan kerana udang galah menjadi pasif untuk menggetu umpan. Namun bagi kami yang kurang berpengalaman ni, kami main terjah je ke sana. Asal dapat memancing dan menimba pengalaman jadilah, hasil pancingan letak di perkara no 8 bak kata orang. 

Kami tiba sekitar jam 8 pagi, selepas urusan pembayaran sewaan bot dibuat, maka bermulalah aksi udang kami... aku satu bot dengan Azizi, Che Wan Mohamad dengan Rizal...
Tengok sampan dia pun ngeri jugak time air besar ni, namun bila diberitahu oleh Rizal dan Azizi yang kami memancing berhampiran tebing je, baru la sedap hati sikit...


Tangkapan pertama Azizi dengan udang betina...

Orang panggil ini ikan parang sungai... betul ke?

 Lagi udang saiz untuk dimakan dengan mee segera

Aksi Rizal dengan sepit birunya, namun terlepas akibat rontaan kuat si sepit biru tu

 Antara pengacau umpan kami

 Udang yang sarat dengan telur, kami datang time musim dia bertelur agaknya

 Rizal dengan Che Wan tak putus-putus terima strike di spot sini. Yang diorang gelak tu sebab ingatkan dapat sepit udang, rupanya ranting kayu

Walaupun saiz tak cukup besar, ok lah dari takde langsung

Azizi pun sama jugak (pinjam udang Rizal buat bergambar... hahahaha)

Otai ni asyik dia je yang dapat, dapat kecik ke besar ke dia cool je...

Tekong kami

Aku... dapat kecik-kecik je...


Aik, kecik ni pun dah bertelur? 

Ada jugak sepit biru sikit walaupun sepit tak berapa panjang

Pinjam udang orang lain buat bergambar... hihihihi


Haa, yang ni aku dapat betul. Time aku tengah makan nasi bungkus, dia makan umpan aku...

Che Wan dengan udang penutupnya...

Kami tamatkan trip pada pukul tujuh dan bergerak pulang dengan hati riang walaupun tiada tangkapan yang besar-besar. Takpe, nanti boleh ripit lagi sebab time kami datang ni waktu air sejuk dan air besar. Jadi kami memancing disekitar tebing sungai je. Sewa sampannya pun murah je... umpan paling berkesan, perumpun. Tapi kena beli dulu di Pekan Sungkai sebab kat area ni takde orang jual perumpun ni...