Selasa, 17 Disember 2013

Jom Jalan - LEGOLAND!

Satu hari anak aku yang bongsu bertanya:
"Ayah, Cuti Sekolah ni tak pegi mana-mana ke, jom la pegi Legoland! Lama dah tak pegi situ."
(Padahal tak pernah pegi pun... hihihi)

"Ha? Legoland? Ok jugak tu... cepat kemas! Jom gerak!"
"Yeeeyyyyyy!!!" Dia punya seronok.


Nasib baik balik dari Singapore hari tu, aku bawak balik sekali Pamplet Legoland yang aku ambil di Pejabat Tourism Malaysia. Ada la info aku nak rujuk. Nampak gayanya tempat tu besar la jugak. Kalau sehari kat situ tak habis berjalan dan berlari. Kena booking hotel la nampaknya... kalau balik hari boleh tercabut kepala lutut aku nak ulang alik dari KL ke Johor tu 


Legoland Malaysia merupakan sebuah taman tema yang dibuka di Nusajaya, Johor, Malaysia pada 15 September 2012. Taman tema ini juga menyediakan lebih 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan. Ia juga merupakan taman tema Legoland yang pertama pernah dibuka di Asia semenjak penubuhannya. Pembukaan rasmi taman tema ini dilancarkan oleh Sultan Ibrahim Ismail pada 22 September 2012. Ia akan menjadi teras kepada kompleks yang bersepadu yang berukuran 5,500,000 kaki persegi (510,000 m2). Kawasan ini juga merupakan taman industri Nusa Cemerlang yang terletak dalam Iskandar Malaysia iaitu sebuah kawasan ekonomi yang terdiri daripada pusat gaya hidup seperti peruncitan, pejabat, hotel, perkhidmatan pangsapuri dan unit kediaman. (SUMBER DARI EN. WIKI - copy & paste je, malas nak menaip)

Pada aku dunia Lego ni dah ada masa aku kecik-kecik lagi. Dulu Legonya stail petak-petak je, jadi pandai-pandai la menyusun. Seingat aku tak banyak yang boleh dibuat selain bangunan, rumah, reban kambing atau kereta (tapi takde tayar la). Bergantung pada kreativiti masing-masing. Sekarang ni Legonya dah macam-macam jenis dan bentuk yang ada... 


Lego yang boleh naik kereta


Lego yang dah pandai pegang pedang


Lego yang terer bawak Go Kart... ke tak?


Susun atur Legoland Malaysia bermula di pintu masuk utama dan secara tradisionalnya akan memaparkan pemandangan Legoland. Selain itu, The Big Shop, iaitu kedai yang terbesar dalam menjual produk Lego seperti permainan, set blok, DVD, buku dan cenderamata Legoland dan lain-lain kemudahan yang biasa terdapat di pintu masuk juga disediakan. Seksyen "Imagination" berada di kiri kawasan permulaan pintu masuk. Permainan "Interactive Lego" bertujuan untuk mengasah kemahiran membina pelbagai bangunan atau barangan Lego yang interaktif seperti rumah, kereta, pencakar langit dan lain-lain. Selepas ia dibina, model yang dihasilkan boleh diuji. Sebuah permainan komputer dan juga tarikan robotik daripada Lego iaitu "Lego Mindstorms" telah disediakan. "Sky cruiser" merupakan sebuah kenderaan yang bercirikan monorel udara di mana pengunjung boleh mengayuhnya mengelilingi trek di atas laluan Legoland Malaysia. Pengunjung juga akan menyaksikan pemandangan bandar yang menakjubkan di luar kompleks Legoland. "Kids Power Tower" merupakan sebuah menara yang membenarkan para pengunjung menggerakkan kerusi kenderaan ke atas menara serta mempunyai tali kerusi yang boleh dijatuhkan. Bilik permainan "Lego Duplo" merupakan kawasan yang interaktif untuk kanak-kanak kecil di antara umur 2-6. Kawasan ini juga menyediakan kedai serta restoran. Istana bukit terletak di belakang taman "Lego Knights" dan istananya adalah bercirikan puteri raja. (SUMBER DARI EN. WIKI - copy & paste lagi)


Ada Lego yang pandai minum-minum


Ninja Merah


Lego yang dah ada askar jahat


Ada jugak askar baik


Yang macam ninja pun ada... Ninja Goooo....


Ni kawasan Water Park dia. Punya la besar


Eh, ni bukan gambar yang pertama tadi ke?


Err... space ship ke?

Angkasawan


Askar jahat dan baik

Peta ke Legoland

Anak Aku - "Dah siap ni, jom la gerak ayah..."
Aku - "Ni kan Legoland jugak... main la yang tu dulu. Lain kali kita pegi."


Buat anak aku yang bersemangat waja macam pahlawan Lego dia... maafkan ayahmu yang sangap ini... 
Kalau ada rezeki lebih kita pegi yee... hiks!

Rabu, 11 Disember 2013

Kupu-Kupu MALAM

Malam tu tengah syok tengok tv nampak sayup-sayup benda terbang. Ingatkan lipas, kalau lipas sure anak-anak aku dah bertempiaran lari menyelamatkan diri (takut lipas)... sekali tengok macam kapal terbang pun ada. Bila dia landing kat langsir sebelah tv baru nampak jelas. Kupu-kupu rupanya... 

Selalu yang datang singgah berwarna kelabu atau perang kehitaman

Kali ini yang datang agak menawan sikit. Kaler cantik...

Jinak pulak tu, namun aku bawa beliau ke muka pintu dan lepaskan kembali. Kupu-kupu Malam, semoga kau berjumpa jalan pulang... walaupun malam masih panjang

Khamis, 5 Disember 2013

Berfoto di Tanjung KARANG

Kali ni ke Tanjung Karang bukan pergi memancing haruan, ahh... lupakan dulu kisah haruan yang berjimba dalam parit dan tali air tu... memang aku tak nak layan. kali ni aku nak menghayati keindahan alam sawah padi yang luas terbentang, sambil mensyukuri nikmat yang Tuhan bagi untuk ku simpan dalam kotak hati. Ewahh... 

 Kebetulan sampai tengahari tu cuaca baik, awan pun banyak!


Tapi time ni pokok padi baru sekaki dalam sawah. Salah timing... patut datang time padi tengah tinggi. Nak buat camana, aku bukan permastautin tetap kat Tanjung Karang ni. Jadi, aku terjah je la


 Habih semua orang tengok aku ambik gambar!


Tapi... di tepian tali air ni buat aku rasa nak capai pancing aku kat dalam bonet kereta. Seolah-olah sang haruan menari-nari mengejekku kerana tidak memancing hari tu! Cis sungguh!


Ahhh... layan pokok kelapa dulu


Ini pun port haruan jugak ni! Aik, tadi kata nak ambik gambar je... kenapa sebut haruan pulak?


Mula-mula tu cuaca cantik...


Bila membawa ke petang dah mula mendung... nampak tak hujan lebat kat depan tu?
Macam nak ribut je tu... Lariiiiiiiiikkkkkkkkkk!

Sepatah dua kata dari penaja:
Sawah padi yang luas terbentang inilah menghasilkan beras lalu menjadi nasi yang kita makan hari-hari tu. Betapa tegarnya petani membanting tulang mengerah tenaga menjaga sawah yang bukan sekangkang kera. Hargailah petani dan pokok padi kita. 

Selasa, 3 Disember 2013

2 Hari 1 Malam - Berkhemah di AIR TERJUN SERENDAH

Salam Sejahtera, berkhemah lagi! Kali ni Kelab Rekreasi Keluarga (KRK) menjalankan aktiviti perkhemahan keluarga di Air Terjun Serendah pulak. Ramai keluarga dari ahli kelab yang hadir memeriahkan acara. Sesekali bila dah berhimpun macam ni, memang meriahlah! Terima kasih kepada ahli kelab yang menyumbangkan gambar-gambar untuk dimuatkan ke dalam blog ini. Perkhemahan kali ini diserikan dengan t-shirt baru dan banner dengan logo kelab... wahhh, habih la... Barack Obama pun boleh jeles!

Ada air terjun, awasi anak-anak sebab nampak macam dalam je

Setting khemah dulu. Nasib baik cuaca cantik hari tu

Kawasan tapak khemahnya luas dan bersih

Semua khemah sama je paternnya, satu keluarga satu khemah

Oleh sebab air terjun ni menjadi tumpuan orang ramai beriadah, awal-awal pagi Sabtu lagi kami dah sampai untuk 'booking' tapak khemah ni...

Semua dah siap pasang khemah

Jom la mandiiiiiiii... dah tak sabar dah niiiiiii....

Khemah untuk dapur pun dah siap setting, acara menyediakan makan tengahari...

Kaum bapa pun tolong jugak, yang bestnya depa masak tepi sungai...

Encik Wan sedang bagi taklimat keselamatan dan kebersihan untuk budak-budak ni, maklumlah karang dah main air lupa segalanya...

Ingatkan main teka-teki tadi...

Masa untuk mandi

Kawasan jeramnya pun oklah, selesa untuk budak-budak mandi...


Menyediakan makan malam, nak buat burger special ke? 

Ada kerang rebus jugak, bergotong-royong menyediakan makan malam

Tukang masaknya pulak diimport dari Tanzania... jangan marah ya!

Cucur udang? Saya sukaaaaaaaa....

Layan cucur udang tepi jeram dengan kopi O... sungguh nyam... nyam... nyam...

Main air sampai kecut...








Bergambar beramai-ramai sebelum balik... terima kasih kepada keluarga yang terlibat
1. Keluarga Hanafi
2. Keluarga Wan Jaflan
3. Keluarga Ahmad Dzulazmazi
4. Keluarga Zahunizan
5. Keluarga Hanizam
6. Keluarga Faizal
7. Keluarga Hadi
8. Keluarga Nizam
9. Keluarga Iskandar
10. Keluarga Abe V

Maaf kalau tersalah atau terlupa nama semua... ingat slogan kelab kita:
Keluarga Bahagia,
Ummah terpelihara,
Beriadah Bersama,
Hati Gembira!


Sedikit info ke Air Terjun Serendah ni... ianya terletak di Daerah Hulu Selangor, lebih kurang 35km dari Kuala Lumpur. Kalau ikut Selayang selepas melepasi Rawang, lebih kurang kira-kira 10 kilometer. Sampai di Pekan Serendah, di sebelah kiri ada Balai Polis Serendah. Selepas tu jumpa persimpangan lampu isyarat ke Kampung Dato’ Harun. Masuk ke kanan di persimpangan ini. Dari persimpangan Kampung Dato’ Harun ke Air Terjun Serendah lebih kurang 4km je jauhnya. Selepas tu jumpa Taman Idaman, ambil laluan ke arah Kampung Orang Asli / Pusat Serenti Serendah. Lebih kurang 5 minit memandu melalui perkampungan Orang Asli, sampailah ke lokasi Air Terjun Serendah ni atau lebih dikenali sebagai Templer Kai. Di sini ada gerai, tapak perkhemahan, taman permainan kanak-kanak serta tandas yang bersih. Ni GPS Coordinatenya – 3.366042,101.636704 untuk makluman semua. Selamat Beriadah!