Selasa, 24 September 2013

Aku Yang DULU...

Inilah aku... aku yang dulu. Masa zaman Rock Kapak masih hangat. Sekitar tahun 1989 seingat aku, aku dah mula menyimpan rambut selepas tamat peperiksaan SPM tahun tu, semasa penghijrahan aku ke Kuala Lumpur untuk menjadi sebahagian dari warga kotanya. 

Aku dah pasang niat nak rock macam Sweet Charity, nak rock macam Search, Lefthanded dan Wings. Tak dapat rambut panjang cam Awie dan Amy, dapat panjang cam Hatta kumpulan Junction pun jadilah. Rock zaman tu memang meriah. Banyak band baru muncul macam cendawan tumbuh lepas hujan. Setiap bulan ada je band baru muncul buat album walaupun selepas dua album terus senyap. Lagu-lagu diorang masih segar sampai sekarang.

Aku ni dulu boleh dikategorikan sebagai rock tegar la jugak. Tegar maksud aku ialah mengikut perkembangan semasa dunia rock masa tu. Setiap album baru keluar aku mesti beli. Tak kira kumpulan rock tempatan atau luar negara. Harga kaset masa tu sekitar RM12 - 15 setiap satu. Sampai sekarang aku masih menyimpan kaset-kaset lama aku tu. Tapi dah tak boleh dengar pasal tali tape dia dah melekat dan berkulat. Cakera Padat (CD) aku kurang beli sebab harganya masa tu agak mahal. Satu CD aku boleh mis soru satu hari oooo...

Best ke jadi Mat Rock ni? Jawapannya tentulah best. Sebab bila berkumpul ramai-ramai nampak macam meriah je. Macam band rock pun ada. Maklumlah, rambut panjang... dressing seluar ketat, jaket kulit dan rantai serta gelang besi. Dulu sekitar CM (Central Market) dan Dataran Merdeka tempat lepak selepas balik kerja. Melepak bukannya kacau orang pun. Jumpa kawan-kawan sekepala je, lepas pekena teh tarik dan roti canai Jalan Doraisamy baru balik rumah naik Bas Mini.

Dulu aku bekerja dalam bidang penerbitan majalah, sememangnya agak bebas berpakaian mahupun berambut panjang. Kami bebas membuat apa saja, kami boleh main gitar dalam pejabat, boleh melalak sesuka hati asalkan kerja siap mengikut dateline yang diberi. Best betul kerja macam ni kan... 

Bila habis waktu kerja, mula keluar cari port lepak. Selalunya pegi CM la. Tengok pemuzik jalanan, tengok orang melukis, lepak tepi bendera Dataran Merdeka... malam minggu pulak ada konsert. Sebenarnya bukan nak tengok konsert sangat pun...

Hari minggu keluar jauh sikit. Pegi gig dan tengok konsert kat fun fair. Fun fair dulu-dulu memang meriah sebab ada band rock main kat situ. Paling best band XPDC dan May sebab diorang tak memilih buat konsert. Kat fun fair pun jadi, tiket masuk pun murah... sesuai la dengan poket golongan berpendapatan rendah cam kami ni... hihihihhhihi... 

Dulu kerja macam-macam buat selain dari melukis. Jurufoto salah satunya. Hidup di kota metropolitan ni kena rajin cari duit sikit. Bukan nak jadi kaya sangat pun. Cukup hantar duit kat orang tua di kampung, perbelanjaan sendiri untuk makan dan pakai, beli kaset, tambang bas gi kerja dan beli jeans ketat!

Gambar bersama ayah di kampung masa Hari Raya. Rambut kena potong sikit sebab ayah memang anti dengan aku sejak berambut panjang ni. Pada mulanya dia tak boleh terima aku macam ni. Sebab kat kampung orang dok ngutuk aku pasal berambut panjang. Cam penyangaklah, cam hantulah, cam jemuanlah... tapi aku tengok anak diorang rambut pendek dok keluar masuk penjara gak pasal hidu gam, curi ayam dan curi buah sawit...

Namun lama kelamaan ayah terima jugak identiti aku ni bila aku terangkan yang semua aku buat ni kerana minat. Minat berambut panjang, minat bermain muzik dan minat mendengar muzik. Memanglah sepatutnya tak semestinya berambut panjang ni kena minat semua tu. Tapi entahlah, mungkin jiwa muda masa tu mengatasi segalanya...

Namun aku bersyukur jugak, walaupun aku macam ni aku tak terlibat dengan gejala tidak sihat. Cukup sekadar merokok sebagai tuntutan naluri keremajaan aku masa tu. Masa ni mana-mana yang berambut panjang sering dicop sebagai tak bermoral. Sampaikan kumpulan muzik rock yang nak masuk TV pun kena berambut pendek. Sampai macam tu sekali tanggapan terhadap kami yang berambut panjang ni. Tapi diorang lupa, yang makan rasuah, yang songlap duit syarikat dan yang tipu duit anak yatim kebanyakannya berambut pendek... 

Lagipun dulu banyak masa dihabiskan dengan aktiviti-aktiviti melukis, berfoto, tengok konsert, main dam haji dan macam-macam lagi... tak terpikir pun nak merempit, nak kacau anak dara orang dan mencurik! Ni gambar masa ada program lukisan kartun terpanjang di Malaysia yang diadakan di Dataran Merdeka...

Peminat? Ada la jugak peminat pada masa tu walaupun tak seglamer Bill Clinton... aku bekerja di belakang tabir je hehehehe...

Kenangan bersama kawan-kawan yang sealiran sekitar awal 80an - 90an. Ikut putaran jam dari tepi Kartunis Lepat sekarang bekerja di Majalah Ujang, Kartunis Bendi dengan Majalah G3, aku yang berbaju kameja coklat tu, Kartunis Kuyup dengan Majalah Apo?, Kartunis Kienaka sekarang dah pencen melukis... sekarang jadi DJ online... yang belakang tu Kartunis Pandan yang masih bekerja di Majalah Apo?. Masa ni umur pun dah semakin meningkat. Dah ada tanggungjawab sebab nak berkeluarga. Rambut yang panjang pun dipotong sedikit demi sedikit, tapi jiwa masih rock lagi.
Cuma yang aku bersyukur sangat ialah walaupun zaman aku dulu kebanyakan Mat Rock berambut panjang dengan imej serabai, melepak sambil main gitar dan melalak tak tentu hala, masalah gejala sosial masa tu tak banyak sangat berlaku. Sekarang ni aku cukup risau dengan segala macam kejadian tak bermoral saban hari keluar suratkhabar... kebanyakan remaja kita. Merempitlah, menyamun, rogol, bunuh dan macam-macam... terpikir jugak zaman anak-anak kita masa akan datang ni mungkin lagi banyak cabaran dan dugaannya.

 Aku yang sekarang ni pun masih dengar lagi lagu-lagu pecah kepala ni macam Metallica, Sodom, Testament, Slayer, Kreator dan macam-macam band lagi. Minat aku terhadap muzik keras ni belum luntur lagi. Sekarang anak-anak aku pun dah pandai dengar Linkin Park, Megadeth, My Chemical Romance dan Avenged Seven Fold! Harap diorang pun kental macam aku jugak, bukan kental sebagai Mat Rock, tapi kental untuk mengharungi cabaran masa hadapan!







Jumaat, 13 September 2013

Kenapa Kami Suka Balik Kampung NENEK?

Inilah nenek. Nenek yang paling baik hati. Nenek orang rumah aku. Secara tak langsung walaupun aku adalah menantu di kalangan mereka, namun dia selalu cakap... aku pun cucu dia jugak. Banyak cerita dari pengalamannya ku kutip menjadi pengajaran dalam hidupku. Setiap kelapangan, kami selalu menjenguk nenek... kenapa kami suka balik rumah nenek? 

Rumah nenek punyai halaman yang luas dari tepi hingga ke belakang rumahnya. Budak-budak, cucu-cucu sehingga bapak budak bebas berlari bermain bola

Sebelah rumah nenek dipayungi pohon kelapa yang tinggi sayup membuai bila ditiup angin

Pokok-pokok kelapa inilah menjadi medan latihan anak-anak aku belajar memanjat pokok. Maklumlah, tinggal di hutan batu Kuala Lumpur ni mana ada peluang nak merasa macam ni. Pokok kelapa setinggi ni, mana boleh nak panjat hingga ke atas... gayat!

Bila petang-petang boleh bakar sampah... peluang inilah diambil oleh bebudak ni untuk main api... ada saja bahan yang dibakar, sapu daun kering keliling rumah nenek nak bakar sampah katanya... kekadang habih serumpun pokok serai nenek terbakar sama... nenek tak marah pun... nenek senyum saja


 Belakang rumah nenek pulak ada dusun durian. Macam-macam jenis durian ada. Biasalah bila dah ramai kat rumah nenek, sapa cepat dulu dapat cari durian yang gugur tu dialah yang punya... tapi selalunya bila aku balik, nenek dah simpan siap-siap untuk aku kat bawah dapur

Kat sebelah pokok durian ada sepohon dua pokok manggis, bila berbuah lebat sampai tak larat nak makan. Aku suka panjat pokok manggis sebab dia ada dahan banyak. Bila dah sampai ke atas, goncang je dahan tu. Berterabur la buahnya jatuh, anak aku cukup seronok kutip manggis, boleh makan fresh dari pokok

 Rumah nenek juga ada pokok jering. Sejak kenal dalam keluarga nenek, merasalah aku makan gulai jering tua yang dimasak bersama terung pipit. Jering muda jugak sedap bila dicicah dengan sambal bacang

 Bila balik ke kampung nenek, belakang rumah nenek jugalah tempat bermain anak-anak aku dengan sepupu-sepupu dia... main kombat, main nyorok-nyorok, berlari-lari mengelilingi dusun nenek

 Bebasnya main di rumah nenek... kadang-kadang tak ingat waktu nak makan... main sampai petang, dah nak maghrib baru semua sibuk nak mandi... bilik air nenek kecik je, terpaksalah tumpang mandi kat rumah anak nenek yang lain

Time makannya pulak mengalahkan kenduri... semua pakat bergotong royong kat dapur. Maklumlah bila dah semua ada, memasak dah tak pakai kuali kecik lagi. Kena pakai kawah... masak gulai lemak ayam kampung dengan nangka satu kemestian...

Ulam-ulamannya pun semua ada, petik je belakang rumah nenek. Semuanya hasil tangan nenek yang rajin bercucuk tanam

 Sejak kenal neneklah, aku kenal rendang ayam kampung dengan pucuk ubi ni. Menu ni top masa hari raya je. Entah kenapa aku suka sangat dengan menu ni. Mungkin rendangnya berlainan dari yang selalu aku makan...

 Anak-anak aku bila dah berjumpa sepupu sepapat memang main tak ingat dunia dah... nenek pun senyum tengok gelagat diorang

 Mana yang minat bergambar tu bolehlah cari port yang menarik untuk berposing. Belakang rumah nenek jugaklah tempat diorang bergambar di sebalik bunga lalang

 Yang nak main hujan, mainlah... nenek tak larang pun. Nak melompat pun, melompatlah... nenek senyum saja... nenek suka bila melihat kami semua gembira bila balik rumah dia... makan apa yang ada, masaklah apa yang boleh dijadikan lauk... nenek tak berkira pun...

Mainlah celah belukar mana pun... nenek tak kisah... bila aku marah pada mereka, nenek kata, biarlah... bukan selalu berjumpa...

 Namun sekarang tiada lagi suara nenek menasihati kami, tiada lagi senyum nenek menyambut kedatangan kami... dusun nenek belakang rumah dah makin lebat belukarnya... pokok-pokok durian nenek semuanya dah gugur daun-daunnya ke bumi... pokok rambai, langsat, manggis dan jering nenek banyak dah nak jadi ranting kering... pokok kelapa yang selama ini gah memayungi tepi rumah nenek dah hilang pucuk hijaunya, hanya tinggal batangnya menunggu masa mereput dari atas ke bawah 

Buat arwah nenek yang telah kembali ke rahmatullah pada 01 June 2013 yang lalu, hanya kenangan bersamanya masih menemani aku. Arwah nenek pergi ketika usianya 82 tahun akibat kanser paru-paru tahap 4 yang baru dapat dikesan pada hujung bulan Mei 2013 yang lalu. 

Sampai sekarang aku masih teringat arwah nenek kerana dari dialah aku belajar banyak perkara. Sambil-sambil aku mengurut tangannya, waktu itulah banyak cerita dan nasihat keluar dari mulutnya. Memang kebiasaan bila balik ke rumah arwah nenek, aku suka mengurut tangan dan bahunya. Walaupun aku sekadar menantu dalam keluarga mereka, namun arwah nenek sayang aku sama macam dia sayang cucu-cucunya yang lain. Arwah nenek selalu berpesan jangan lupa sembahyang dan selalulah balik walaupun dia dah tak ada...

(Gambar kenangan Hari Raya 2012)
Buat arwah nenek... semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Al Fatihah...