Khamis, 13 Jun 2013

Trip Sembilang Lumut

Trip ke perairan Lumut ni sebenarnya hanya trip santai melepaskan gian memancing je. Maklumlah sibuk dengan kerja mengalahkan Presiden Amerika. Sekali-sekala layan memancing di perlautan ni best jugak. Selama ni asyik memancing di pertebingan sungai sahaja. 

Misi kami ke Lumut sebenarnya bukan nak pancing ikan yu dan udang kara ni. Niat nak cari sembilang sekor dua buat kari atau asam pedas... lama tak layan sembilang oooo... kat perairan Lumut inilah sebenarnya port sembilang lalu lalang di antara air surut dan pasang. Ewahhh...

Sebelum tu kami singgah dulu di pasar Tanjung Karang untuk cari umpan segar. Sembilang kat sana tak memilih umpan sebenarnya. Udang segar kopek, ikan kembung potong dan udang hidup semua dibelasahnya.

"Agak-agak udang karang ni kalau kita buat umpan boleh ke..."
"Boleh... kalau mampu apa salahnya... sekor tu RM80.00 je..."

Kami tiba di jeti Muara Setiakawan time air surut. 

 Selepas membuat pembayaran sewa bot, sementara menunggu air bergerak pasang... kami makan dulu bekalan yang dibawa. 3 orang satu bot besar ni dah selesa sangat pada aku... terima kasih pada sahabat aku yang sponsor bot ni heheheee... 

 Huh, Drive-Thru? Nasib baik dah makan tadi. Takyah singgah laaaa.....

 Perjalanan bermula dikemudi oleh kapten bot, Sdra Azizi.

 Umpan udang segar kopek dan bilis, sesuai untuk menjerat sembilang dan spesis lain di sini

 Kami sampai di port pertama berhampiran rumah api Swiss Garden Lumut bila air dah mula bergerak pasang. Selepas lima minit umpan dilabuhkan naiklah seekor buat pembakar semangat...

 Azizi dengan sembilang pertamanya. Kami berlabuh betul-betul dilaluannya

 Che Wan dengan kerapu saiz hidangan. Kerapu pun layan jugak kat sini. Tapi takde saiz besar sangat... boleh la buat lauk

 "Aku ingatkan kat Sungai Gombak je ada sampah, kat Lumut pun ada jugak? Mati-mati aku ingat ada ikan tadi..."

 Sembilang kat perairan Lumut ni kasar-kasar jugak la. Oleh sebab arus tak berapa kuat hari tu, kami menggunakan joran sederhana berat sahaja. Perambut satu kaki 30 paun dengan tali utama 20 paun. Batu ladung guna no 7 dan no 8... memang melendut-lendut joran tu ditarik sembilang

 Ikan merah saiz hidangan dinaikkan Azizi

Jeti Awam Pangkor Laut dijadikan tempat bermalam kami. Kami memancing sekitar 12 malam sahaja kerana perairan ni adalah laluan kapal-kapal industri dan bot-bot pukat bilis... bahaya jugak tu. Lagipun kurangnya getuan ikan pada time tersebut membuatkan kami menghentikan pancingan pada hari tu... Pagi di jeti ni sejuk ya amat! Kebetulan pulak hujan... 

 Bot pukat bilis di Pulau Pangkor. Jika nak umpan bilis segar untuk dibuat umpan, hulur je bekas kosong kat diorang. Diorang tak kedekut punya. Jangan mintak ikan tenggiri atau ikan kerapu pulak... kang diorang malas nak layan... 

 Bila tengok jerih perihnya kerja sebagai nelayan ni timbullah keinsafan dalam diri ini. Bukan senang rupanya nak jadi nelayan ni... selama beberapa hari di lautan menangkap bilis... bilis tu terus direbus dalam bot tu jugak...

 Yang keluar asap hitam tu la dapur untuk merebus ikan bilis tu...

 Walaupun hasilnya kadang-kala tak menentu, kita sebagai pemancing ni janganlah mengeluh dengan tangkapan yang kurang... diorang lagilah terasa peritnya. Syukurlah apa yang kita dapat...

 "Huh! Guna umpan bilis segar dari ladang pun belukang jugak yang sapu..."
"Takpe Che Wan... ikan jugak tuuuuu..."

 Akibat bekalan ais kami hampir habis, kami singgah dulu di pusat membuat ais... mintak je mana-mana ais yang pecah tu... diorang kasi punya...

 Bangkai kapal yang bakal menjadi tukun

 Kerapu kecik pun takpe...

 Sembilang lagi...

 Sembilang Lumut lebih gemarkan udang kopek dari udang hidup

 Kerapu saiz hidanngan yang membaham umpan udang hidup...

 Chef kami sedang menyediakan sarapan pagi. Sanwich sardin... makan apa pun kat tengah laut ni semua sedap

 Mak sembilang yang menghuru harakan bot sekejap...

 Ketuka yang Azizi dapat  melahirkan dua anak... namun anaknya tak sempat diselamatkan akibat kekurangan oksigen...


 Bebulus di sini saiz besar-besar jugak...

 Kami tamatkan trip ini dengan penuh kesyukuran. Walaupun tangkapan tak banyak mana namun kami berjaya juga mencungkil sembilang, daun baru, kerapu dan merah di perairan Lumut yang sibuk ni...
Sekian... jumpa lagi.