Khamis, 27 Jun 2013

Angling Fair 2013 kembali!


Angling Fair kembali lagi bagi edisi 2013 bermula 28 Jun 2013 sehingga 30 Jun 2013, dengan pelbagai produk memancing terkini dan aktiviti-aktiviti menarik untuk disajikan buat seluruh kaki-kaki pancing.
Buat kaki pancing semua... jemput hadir beramai-ramai memeriahkan pameran ni. Bawak rakan-rakan sepemancingan semua, banyak aktiviti / demonstrasi menarik dijalankan. Jika tiada aral melintang saya akan turun juga. Jangan lupa kunjungi Booth Majalah Pancing di sana!

Rabu, 26 Jun 2013

Insan Sederhana - PAPA ROCK!

Ramli bin Sarip merupakan bekas ahli kumpulan Sweet Charity dan kini lebih terkenal sebagai seorang penggubah/penerbit lagu dan artis solo. Dilahirkan pada 15 Oktober 1952 di Singapura. Beliau dikenali digelar peminatnya sebagai "Papa Rock". Dia telah menghasilkan 9 album bersama kumpulan Sweet Charity dan kemudiannya 8 album secara solo. 
(Sumber dari Wikipedia)

Kali ni cerita artis pulaklah, semua orang kenal dengan Ramli Sarip ni. Aku antara salah seorang peminat beliau. Masa zaman sekolah lagi aku dah 'dibesarkan' dengan lagu-lagu beliau bersama Sweet Charity lagi. Kebetulan pulak minggu lepas ada Group Toyota buat Family Day di Felda Residence Hot Springs, antara artis jemputan diorang ni ialah Ramli Sarip... aku pulak ditugaskan sebagai jurugambar di sana, maka dapat jugaklah aku bergambar dengan beliau ni... hihihihiiii...

Petikan guitarnya... fuh!

Walaupun sound systemnya pada hari itu cukup sederhana, namun nyanyian dan muzik latarnya jelas kedengaran...

Panas terik time tu, ramai yang tak berganjak mendengar lagu-lagu yang didendangkannya... termasuklah aku... Komunikasi dengan penonton memang terbaik! Penuh nasihat dalam gurauan

Apa yang aku gelarkan insan sederhana ialah... tiada protokol sangat nak bersembang atau bergambar dengannya... 

Shownya pun sederhana jugak... tapi mantap. Sebelum memulakan sesebuah lagu... pasti ada sedikit nasihat diselitkan

Setiap lagu dimainkan dengan penuh perasaan...

Kebanyakan lagu yang dibawa adalah permintaan dari peminat...






Itulah dia... Papa Rock Ramli Sarip ni... walau diri masih berada di puncak, namun masih tak lupa memandang ke bawah. Insan sederhana yang kaya dengan bakat seni, nasihat serta senyuman... Walaupun nampak sudah berusia, masih mempunyai jiwa kental menyusuri alam seni ini...
  

Khamis, 13 Jun 2013

Trip Sembilang Lumut

Trip ke perairan Lumut ni sebenarnya hanya trip santai melepaskan gian memancing je. Maklumlah sibuk dengan kerja mengalahkan Presiden Amerika. Sekali-sekala layan memancing di perlautan ni best jugak. Selama ni asyik memancing di pertebingan sungai sahaja. 

Misi kami ke Lumut sebenarnya bukan nak pancing ikan yu dan udang kara ni. Niat nak cari sembilang sekor dua buat kari atau asam pedas... lama tak layan sembilang oooo... kat perairan Lumut inilah sebenarnya port sembilang lalu lalang di antara air surut dan pasang. Ewahhh...

Sebelum tu kami singgah dulu di pasar Tanjung Karang untuk cari umpan segar. Sembilang kat sana tak memilih umpan sebenarnya. Udang segar kopek, ikan kembung potong dan udang hidup semua dibelasahnya.

"Agak-agak udang karang ni kalau kita buat umpan boleh ke..."
"Boleh... kalau mampu apa salahnya... sekor tu RM80.00 je..."

Kami tiba di jeti Muara Setiakawan time air surut. 

 Selepas membuat pembayaran sewa bot, sementara menunggu air bergerak pasang... kami makan dulu bekalan yang dibawa. 3 orang satu bot besar ni dah selesa sangat pada aku... terima kasih pada sahabat aku yang sponsor bot ni heheheee... 

 Huh, Drive-Thru? Nasib baik dah makan tadi. Takyah singgah laaaa.....

 Perjalanan bermula dikemudi oleh kapten bot, Sdra Azizi.

 Umpan udang segar kopek dan bilis, sesuai untuk menjerat sembilang dan spesis lain di sini

 Kami sampai di port pertama berhampiran rumah api Swiss Garden Lumut bila air dah mula bergerak pasang. Selepas lima minit umpan dilabuhkan naiklah seekor buat pembakar semangat...

 Azizi dengan sembilang pertamanya. Kami berlabuh betul-betul dilaluannya

 Che Wan dengan kerapu saiz hidangan. Kerapu pun layan jugak kat sini. Tapi takde saiz besar sangat... boleh la buat lauk

 "Aku ingatkan kat Sungai Gombak je ada sampah, kat Lumut pun ada jugak? Mati-mati aku ingat ada ikan tadi..."

 Sembilang kat perairan Lumut ni kasar-kasar jugak la. Oleh sebab arus tak berapa kuat hari tu, kami menggunakan joran sederhana berat sahaja. Perambut satu kaki 30 paun dengan tali utama 20 paun. Batu ladung guna no 7 dan no 8... memang melendut-lendut joran tu ditarik sembilang

 Ikan merah saiz hidangan dinaikkan Azizi

Jeti Awam Pangkor Laut dijadikan tempat bermalam kami. Kami memancing sekitar 12 malam sahaja kerana perairan ni adalah laluan kapal-kapal industri dan bot-bot pukat bilis... bahaya jugak tu. Lagipun kurangnya getuan ikan pada time tersebut membuatkan kami menghentikan pancingan pada hari tu... Pagi di jeti ni sejuk ya amat! Kebetulan pulak hujan... 

 Bot pukat bilis di Pulau Pangkor. Jika nak umpan bilis segar untuk dibuat umpan, hulur je bekas kosong kat diorang. Diorang tak kedekut punya. Jangan mintak ikan tenggiri atau ikan kerapu pulak... kang diorang malas nak layan... 

 Bila tengok jerih perihnya kerja sebagai nelayan ni timbullah keinsafan dalam diri ini. Bukan senang rupanya nak jadi nelayan ni... selama beberapa hari di lautan menangkap bilis... bilis tu terus direbus dalam bot tu jugak...

 Yang keluar asap hitam tu la dapur untuk merebus ikan bilis tu...

 Walaupun hasilnya kadang-kala tak menentu, kita sebagai pemancing ni janganlah mengeluh dengan tangkapan yang kurang... diorang lagilah terasa peritnya. Syukurlah apa yang kita dapat...

 "Huh! Guna umpan bilis segar dari ladang pun belukang jugak yang sapu..."
"Takpe Che Wan... ikan jugak tuuuuu..."

 Akibat bekalan ais kami hampir habis, kami singgah dulu di pusat membuat ais... mintak je mana-mana ais yang pecah tu... diorang kasi punya...

 Bangkai kapal yang bakal menjadi tukun

 Kerapu kecik pun takpe...

 Sembilang lagi...

 Sembilang Lumut lebih gemarkan udang kopek dari udang hidup

 Kerapu saiz hidanngan yang membaham umpan udang hidup...

 Chef kami sedang menyediakan sarapan pagi. Sanwich sardin... makan apa pun kat tengah laut ni semua sedap

 Mak sembilang yang menghuru harakan bot sekejap...

 Ketuka yang Azizi dapat  melahirkan dua anak... namun anaknya tak sempat diselamatkan akibat kekurangan oksigen...


 Bebulus di sini saiz besar-besar jugak...

 Kami tamatkan trip ini dengan penuh kesyukuran. Walaupun tangkapan tak banyak mana namun kami berjaya juga mencungkil sembilang, daun baru, kerapu dan merah di perairan Lumut yang sibuk ni...
Sekian... jumpa lagi.

Rabu, 5 Jun 2013

Jom Jalan-Jalan - MELAKA

Sempena cuti sekolah tempoh hari bawak family ke Melaka la jalan-jalan sambil melawat tempat menarik di sana. Kebetulan takde trip memancing dan photo shoot, apalagi...  sehari suntuk melayan anak-anak di sana. Kali ini kitorang tak mau melawat tempat yang biasa kitorang pegi sebelum ni. Asyik-asyik A Famosa je, kali ni kitorang ke Taman Botanical kat Air Keroh. Dekat je dari susur keluar Tol Air Keroh, tak sampai sepuluh minit sampai la kat sana...

Sebenarnya taman ni tempat beriadah sambil bersenam, berjoging, berbasikal pun boleh. Apa yang menarik kat taman ni ada replika dinosour dan macam-macam haiwan sebagai tarikan kepada kanak-kanak dan pengunjung...

Ingat nak bergayut kat gading gajah ni, suspen jugak takut patah!



Binaan dinosour tu nampak real la jugak... takde la nampak kartun sangat...

Alamak Ulau!!! Hah! Mana? Tu... atas kepala tuuuu.... Arghhhh! Terkejutnyaaa...

Pertarungan antara dua penggembala dinosour!

"Aik... belum kena gigit lagi dah sakit ke?"
"Takpe... bagi nampak real sikit..."

"Oooo... kudaku lari gagah berani... ayoh lariiiiiii..."
"Tu bukan kuda la dik. Tu arnab!"
"Ye ke...?"


Bergambar dengan Pokok Sentul, kat Sentul pun tak ada pokok ni...


Melaka Planetarium

Lepas tu drive masuk Bandar Melaka. Jalan punyalah jem... maklumlah Cuti Sekolah. Masuk ke Muzium Maritim, memang best. 


"Cepat la turun ayah..."
"Alamak! Ayah gayat laa..."


Anak-anak dah jauh masuk ke dalam, kitorang dah penat dah nak jalan...

Muzium Tentera Laut



"Lepas ni sapa nak naik Menara Taming Sari?"
"Tak mau naiklah, adik dah pegang dah..."

Dengan satu pembelian tiket boleh masuk empat muzium di sekitarnya. Bayaran masuknya pun ok...

Di luar Muzium Tentera Laut... kebanyakan senjatanya adalah senjata sebenar


"Nak tembak gagak boleh?"

 River Cruise Melaka kitorang naik pada sebelah malam sebab lebih cantik suasananya. Lampu-lampu berkilauan pada bangunan-bangunannya di sepanjang tebing Sungai Melaka...



Perkhidmatan becanya pun banyak... tapi sebelum naik tanya harganya dulu. Oklah buat yang malas nak berjalan...


Di sebelah Muzium Tentera Laut tu ada bazar yang menjual barangan cenderahati... Macam-macam jenis dan bentuk yang dijual, boleh rambang mata dibuatnya... termasuklah anak aku...



 Lepas jalan-jalan di pasar malam berhampiran Dataran Pahlawan... makan time! Yang bestnya ada pulak nasi kerabu kegemaranku kat Melaka ni...

Nyam... nyam...

Selamat Tinggal Melaka, Bandaraya Bersejarah!