Isnin, 22 Julai 2013

Mengilat 'Kerapu Lombong'


Akibat Encik Toman dan Sebarau mula menyombong dalam beberapa trip yang lalu, maka untuk mengubat ketar tangan akibat lama layan kumpau, Tasik Seksyen 7 Shah Alam terus diterjah. Tasik yang dikatakan masih banyak dihuni spesis tempatan ini turut dihuni oleh spesis 
cichlid lain. Salah satunya ialah Kerapu Lombong. Sebenarnya saya ke sini untuk mengilat toman yang banyak menimbul menghirup udara. Ntah macam mana hari tu tomannya jual mahal, langsung tak pandang gewang yang dilontarkan.
Kerapu Lombong ni tergolong dalam keluarga cichlid dan merupakan spesis pemangsa yang sangat agresif serta teritory terutama ketika mengawan dan menjaga anak. Sebab itulah beliau akan menerkam setiap objek yang lalu di kawasannya. 

Ikan ni mempunyai bentuk badan dan fizikal seakan-akan ikan kerapu dan berbintik pada seluruh badan serta mempunyai tompok bulat hitam di bahagian tengah badan dari kepala hingga ke ekor. Ikan jantan mempunyai warna biru kejinggaan di bahagian atas badan dan kepala manakala bagi ikan betina pula hanya warna putih berbintik hitam pada seluruh badan. Mempunyai rasa yang sedap apabila dibuat goreng berlada, sama dengan sepupunya Talapia... nyum... nyum...


Saya menggunakan Hard Body Lures untuk menduga Kerapu Lombong di sini. Penggunaan Soft Plastic banyak mengundang sangkut akibat dasar tasik yang banyak bahan buangan. Jika bernasib baik boleh strike pampers, guni buruk, beg plastik, seluar dalam belang dan kepala anak patung! 



Salah satu sport di sini. Aliran air yang masuk menjadi tempat beliau menyerang hendap anak-anak ikan yang keluar masuk di sini




Petang tu tanpa menghiraukan orang berjogging dan bersukan, aku dah start mengilat. Semua orang tertoleh-toleh tengok aku kat atas tembok tu... ahh, lantak laa... ni pun salah satu sukan jugak! 

Kerapu Lombong terjerat dengan gewang Abu Tormentor kaler hijau keputihan. Mungkin menyerupai anak seluang di sini

Gewang merah putih yang lalu di depannya pun jarang ditolak

Ni dah tersalah terkam... sangkut kat kepala. Sikapnya yang garang dan mengejar apa saja gewang yang lalu di depannya amat mengujakan

Sesudu Abu Island II 7g pun dihambatnya. Selepas sesudu mencecah air karauan terus dibuat untuk mengelakkan sesudu tenggelam. Boleh rasa patukan demi patukan berlaku bila sesudu lalu di kawasannya

Lagi Kerapu Lombong yang terjerat dengan Abu Tormentor. Tukar gewang lain langsung tak dilayan

Walaupun saiznya tak sebesar mana namun tentangan yang diberikan cukup menghilangkan gian aku pada hari tu. Lain kali kena pakai set ringan sikit baru adil. 

Kesemuanya dilepaskan kembali walaupun ada yang menyarankan pada aku lebih baik bawa balik makan kerana ikan pendatang ni mengancam populasi ikan tempatan. Bukan aku tak sampai hati nak makan, tapi aku terkenangkan dasar tasik ni yang penuh dengan bahan buangan... ada jugak aku tengok mat jaring bangla bawak balik ikan ni untuk di makan atau dijual... (ikan talapia banyak jugak)

Mana-mana pemancing atau penjaring kalau dapat ikan ni lepaskanlah semula. Janganlah dibiarkan mati di atas darat jadi ikan kering. Walaupun tiada nilai namun beliau adalah makhluk Allah jua dan ada hak jugak untuk hidup macam kita...

Rabu, 10 Julai 2013

Selamat Datang Ramadhan

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Alhamdulillah... syukur kepada Allah SWT kerana diberi kesempatan sekali lagi pada tahun ini menyambut bulan mulia Ramadhan. Di kesempatan ini, dengan tulus ikhlas saya ucapkan selamat berpuasa kepada pengunjung blog saya, mohon maaf jika ada kekasaran dan kekurangan bahasa. Terima kasih kerana masih melawat blog saya.




Khamis, 4 Julai 2013

Uji Bakat Lakonan Jelajah FELDA - Que Haidar & Team

Atas penganjuran Jabatan Pembangunan Komuniti Felda, maka berlangsunglah program ISKAF atau Ikatan Seni dan Kebudayaan Anak Felda untuk mencari bakat baru di kalangan anak Felda dalam bidang lakonan. Que Haidar dan team yang jalankan sesi ujibat tu. Ada jugak anak-anak Felda yang berbakat berjaya dicungkil pada hari tu. Aku pun pegi ujibakat juga, tapi baru nak isi borang dah kena reject! Maklumlah tiada rupa dan usia pula dah lanjut. Takpe, bagilah peluang kat budak-budak muda kita ni pulak... kang kalau aku berlakon, Que Haidar tak boleh cari makan pulak... ewah!

Sebenarnya program ni dah mula dari pagi tadi. Malamnya pulak ada Raja Lelong dan Wayang Pacak.

 Apa yang aku tahu, selepas program ni diorang ke Ipoh dan terus berakhir di Perlis nun... punyalah jauh nak cari bakat-bakat lakonan ni. Tapi bagus juga bagi pendedahan pada generasi baru...

 Bila aku tengok Que Haidar ni, teringat pulak masa tengok filem baru dia... Rock Oooo... memang lawak habis!

 Anak-anak aku pun tumpang bergambar. Anak aku tanya apasal rambut dia tak panjang macam filem Rock Oooo tu... 

 Dua orang pengacara pada malam tu. Ni pun lawak jugak budak dua orang ni. Aku dah lupa nama diorang. Yang sorang tu mati-mati aku ingatkan Faizal Tahir... muka sebijik!

Adik-adik ni yang kena temubual nampak sporting jugak, tak kekok.

Jualan lelong oleh Raja Lelong

"Okey Kak, akak amik semua barang ni... RM35 je... amacam?"
"Errr... kalau akak nak dulang tu je boleh?"
"Eh, tak boleh. Pasal dulang tu mak saya punya..."


Ucapan aluan oleh Pengurus Felda Trolak Selatan, Encik Habib

Sebahagian pengunjung nak tengok wayang pacak. Dulu kena bawak tikar sendiri. Sekarang bentang kanvas besar je dah boleh duduk ramai-ramai...

Wayang pacak sekarang tak sama dengan yang dulu. Yang sekarang lebih moden. Pakai LCD je, tapi suasana meriah jugak... teringat masa kecik-kecik dulu tengok wayang pacak kat padang ni, ayah angkut sorang-sorang naik basikal... siap bawak bantal lagi...

Ini kali pertama anak-anak aku tengok wayang pacak ni. Awal-awal lagi diorang dah duduk depan. Punyalah seronok layan filem tu, bila pukul 10 malam aku dah ajak balik. Hangin satu badan diorang... aku cakap la tak baik berembun tengah malam, nanti badan jadi tak sihat. Sebenarnya mata aku dah mengantuk sangat... penat woooo.... 

Demikianlah sedikit bingkisan yang menggamit memori aku sewaktu kecil dulu. Wayang pacak masih segar diingatan... Sekian...