Rabu, 21 Ogos 2013

Meriahnya Rayaaaa!

Salam Syawal... fuh, raya tahun ni giliran ke kampung orang rumah pulak di Ulu Beranang. Tiap kali beraya kat sana memang meriah betul. 

Seperti biasa sebelum ziarah kubur dan menziarah ke rumah saudara mara, kena bergambar dulu. Ini keluarga sebelah orang rumah aku.

Makanan kat sini memang aku tabik la. Dari lemang, ketupat, rendang, nasik impit dan kuih muih memang terbaik... 

Tapi aku kena makan sikit je, tak macam tahun-tahun nan lalu, asal nampak lemang ngan rendang je memang aku balun habis-habisan. Sejak medical check up ari tu, aku takut nak makan banyak cam dulu... kolestrol tinggi. Jadi inilah juadah aku di pagi raya walaupun rendang ayam kampung pucuk ubinya membuatkan aku nak menambah lima nam kali! Tapai pulut pun makan satu je walaupun ini salah satu pencuci mulut yang aku gemari.

Anak-anak aku kalau beraya kat sini memang diorang suka sangat sebab dapat banyak duit raya dan boleh melompat sambil ambik gambar cam gini... 

Setting kamera dulu sebab lepas makan nak amik gambar ramai-ramai lagi...

Haa... kali ni baru ada gambar aku. Orang rumah tolong amikkan sebab aku lupa nak bawak tripot kamera aku...

Budak-budak ni pun sporting jugak. Asyik nak bergambar je. Kuih dah tak berapa nak makan pasal dah dapat duit raya le tu...

Cuma mak budak je kena makan pasal dah tentu tak dapat duit raya punya...

Sesekali bergaya depan kamera sendiri... ada pulak bebudak ni buat spoil!

Malam pulak ke rumah bapak sedara. Makan lagi...

Bergambar dengan ayah mentua dan bapak sedara belah orang rumah

Bakar sate! Arghhhhh... nak makan ke tak ni?


Makan sate... 2 cucuk je...

Pagi esoknya pulak 3 ekor ayam kampung dah jadi korban aku... heheheh... 

Masak lemak gulai nangka bersama ayam kampung... masakan ni memang tak pernah miss kat sini... walaupun sedapnya hingga menjilat kaki, namun aku kena berpantang juga demi kesihatan diri. Mana tahu, mungkin hari raya tahun depan aku dah tak dapat menikmatinya lagi...

Walaupun raya dah abis, namun bulan Syawal masih ada lagi... sempat lagi la nak berpuasa enam... Salam Syawal dari kami sekeluarga, semoga hari raya anda pun meriah juga!



Rabu, 7 Ogos 2013

Salam SYAWAL

Buat pembaca, pelawat, pengikut serta ahli yang dihormati dan dirahmati Allah, sempena Syawal yang bakal menjelma ini saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin jika ada tersalah kata atau terkasar bahasa sepanjang penulisan saya di blog ini. Kepada yang pulang ke kampung, berhati-hati ketika memandu. Didoakan agar perjalanan pergi dan balik selamat sampai ke destinasi... Jangan lupa baca doa naik kenderaan. Selamat Hari Raya!

سُبْحَانَ الَّذِى سَخَرَلَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِيْنَ 
وَاَنَّ إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ

Maha suci Tuhan yang memudahkan kenderaan ini bagi kami, sedangkan kami tiba dengan mudah dengannya, dan kepada Allah kami kembali.