Khamis, 17 April 2014

Jom Jalan - WET WORLD SHAH ALAM

Dah terlanjur temankan orang rumah yang ada majlis bersama Ly dan Baiduri di Wet World hari tu, rugilah tak mandi kat Wet World Shah Alam ni. Nak pulak aku bawak anak aku yang kecik tu, suka la dia tengok air. Lama jugak la tak ke sini. Majlis diorang mula jam 9 pagi sampai 5 petang. Lama tu... takkan nak tunggu kat luar... anak aku dah jemu main buaian dan jongkang-jongkit kat tepi tasik tu. Beli tiket terus masuk dalam... mandi sampai lebam!

Jamu Mak Dara! Antara sponsor majlis hari tu

 Tiket masuk orang rumah dah dapat - tiket depa spesel sikit

 Tiket aku...

 Tiket anak aku... eh! Dia dah masuk kolam! Tak sempat nak amik gambar. Dia suruh aku ambik gambar dari atas je. Boleh ke?

 Orang pun tak ramai lagi. Aku pusing-pusing shoot lebih kurang. Sekarang dah ada pondok (nama betulnya Cabana Silver) untuk disewa. Cantik jugak aku tengok

 Ni pondok yang dah disewa. Nak tido ke, nak makan atau nak melalak kat dalam tu takde siapa nak melarang

 Kaunter sewa pelampung dan Cabana

 Masuk dalam nanti ada orang yang ambik gambar kita kat kaunter dan kolam. Jadi, beraksilah dengan senang hati sebab tak kena bayar pun masa depa ambik gambar tu. kalau rasa nak beli gambar-gambar tu datang kat kaunter ni dan bayar

 Pelampung

 Cabana Silver ni pun ada jugak di sepanjang jalan nak masuk ke kolam

 Harga untuk sewa pelampung. Kalau bawak pelampung sendiri pun takpe. Rasa nak naik gelongsor tu lebih best kalau naik pelampung jenis ni. Pakai pelampung itik tak dibenarkan ye...

 Ada surau. Tapi kecik je...

 Locker untuk simpan barang - Tukar token RM5 untuk sekali guna je

 Kafeteria

 Ada jugak gerai kat dalam tepi-tepi laluan nak ke kolam

 Kedai souvenir

 Seluar mandi

 Water Gun

 Slipar

 Jaket Pelampung ke Pelampung Jaket

 Pelampung


 Abang Nepal jaga kolam

 Kolam bawah - tengok, orang tak ramai best je mandi

 Kolam atas

 Habis semua tempat dia masuk... Oiii, ni tempat untuk budak kecik je la...

 Mandi

 Tepi kolam

 Caribbean Rider

 Buah kelapa

 Lampu

 Kolam bawah

 Kolam atas

 Landskap

Lepas Zohor aku dah tak boleh mandi lagi dah. Cuaca panas, orang pun dah start nak ramai. Perut dah mula berkeroncong... anak aku steady lagi main air, lepas Asar baru naik tu pun puas memanggil. Dah kemas-kemas semua cukup, lepak kat majlis diorang yang masih belum habis lagi. Bergambar jap dengan Ally vocalis kumpulan Axl's... hehehehee... rock yearrghhh!

Pukul 6.30 petang baru bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Anak aku dah terbungkang kat belakang kepenatan. 

Alamat:
Wet World Water Park Shah Alam
No 2, Persiaran Dato Menteri
40000 Shah Alam, Selangor
(Bersebelahan Tasik Shah Alam)

Tel: 03 55132020
Fax: 03 5510 7619