Selasa, 17 Disember 2013

Jom Jalan - LEGOLAND!

Satu hari anak aku yang bongsu bertanya:
"Ayah, Cuti Sekolah ni tak pegi mana-mana ke, jom la pegi Legoland! Lama dah tak pegi situ."
(Padahal tak pernah pegi pun... hihihi)

"Ha? Legoland? Ok jugak tu... cepat kemas! Jom gerak!"
"Yeeeyyyyyy!!!" Dia punya seronok.


Nasib baik balik dari Singapore hari tu, aku bawak balik sekali Pamplet Legoland yang aku ambil di Pejabat Tourism Malaysia. Ada la info aku nak rujuk. Nampak gayanya tempat tu besar la jugak. Kalau sehari kat situ tak habis berjalan dan berlari. Kena booking hotel la nampaknya... kalau balik hari boleh tercabut kepala lutut aku nak ulang alik dari KL ke Johor tu 


Legoland Malaysia merupakan sebuah taman tema yang dibuka di Nusajaya, Johor, Malaysia pada 15 September 2012. Taman tema ini juga menyediakan lebih 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan. Ia juga merupakan taman tema Legoland yang pertama pernah dibuka di Asia semenjak penubuhannya. Pembukaan rasmi taman tema ini dilancarkan oleh Sultan Ibrahim Ismail pada 22 September 2012. Ia akan menjadi teras kepada kompleks yang bersepadu yang berukuran 5,500,000 kaki persegi (510,000 m2). Kawasan ini juga merupakan taman industri Nusa Cemerlang yang terletak dalam Iskandar Malaysia iaitu sebuah kawasan ekonomi yang terdiri daripada pusat gaya hidup seperti peruncitan, pejabat, hotel, perkhidmatan pangsapuri dan unit kediaman. (SUMBER DARI EN. WIKI - copy & paste je, malas nak menaip)

Pada aku dunia Lego ni dah ada masa aku kecik-kecik lagi. Dulu Legonya stail petak-petak je, jadi pandai-pandai la menyusun. Seingat aku tak banyak yang boleh dibuat selain bangunan, rumah, reban kambing atau kereta (tapi takde tayar la). Bergantung pada kreativiti masing-masing. Sekarang ni Legonya dah macam-macam jenis dan bentuk yang ada... 


Lego yang boleh naik kereta


Lego yang dah pandai pegang pedang


Lego yang terer bawak Go Kart... ke tak?


Susun atur Legoland Malaysia bermula di pintu masuk utama dan secara tradisionalnya akan memaparkan pemandangan Legoland. Selain itu, The Big Shop, iaitu kedai yang terbesar dalam menjual produk Lego seperti permainan, set blok, DVD, buku dan cenderamata Legoland dan lain-lain kemudahan yang biasa terdapat di pintu masuk juga disediakan. Seksyen "Imagination" berada di kiri kawasan permulaan pintu masuk. Permainan "Interactive Lego" bertujuan untuk mengasah kemahiran membina pelbagai bangunan atau barangan Lego yang interaktif seperti rumah, kereta, pencakar langit dan lain-lain. Selepas ia dibina, model yang dihasilkan boleh diuji. Sebuah permainan komputer dan juga tarikan robotik daripada Lego iaitu "Lego Mindstorms" telah disediakan. "Sky cruiser" merupakan sebuah kenderaan yang bercirikan monorel udara di mana pengunjung boleh mengayuhnya mengelilingi trek di atas laluan Legoland Malaysia. Pengunjung juga akan menyaksikan pemandangan bandar yang menakjubkan di luar kompleks Legoland. "Kids Power Tower" merupakan sebuah menara yang membenarkan para pengunjung menggerakkan kerusi kenderaan ke atas menara serta mempunyai tali kerusi yang boleh dijatuhkan. Bilik permainan "Lego Duplo" merupakan kawasan yang interaktif untuk kanak-kanak kecil di antara umur 2-6. Kawasan ini juga menyediakan kedai serta restoran. Istana bukit terletak di belakang taman "Lego Knights" dan istananya adalah bercirikan puteri raja. (SUMBER DARI EN. WIKI - copy & paste lagi)


Ada Lego yang pandai minum-minum


Ninja Merah


Lego yang dah ada askar jahat


Ada jugak askar baik


Yang macam ninja pun ada... Ninja Goooo....


Ni kawasan Water Park dia. Punya la besar


Eh, ni bukan gambar yang pertama tadi ke?


Err... space ship ke?

Angkasawan


Askar jahat dan baik

Peta ke Legoland

Anak Aku - "Dah siap ni, jom la gerak ayah..."
Aku - "Ni kan Legoland jugak... main la yang tu dulu. Lain kali kita pegi."


Buat anak aku yang bersemangat waja macam pahlawan Lego dia... maafkan ayahmu yang sangap ini... 
Kalau ada rezeki lebih kita pegi yee... hiks!