Rabu, 25 November 2015

Photo Shoot - 4 x 4 WEST ADVENTURE - Part 03

Menuju ke Kampung Mat Daling

Dah nak sampai ke Kg Mat Daling

Pokok Tualang

Ni la pokok yang menjadi kegemaran lebah-lebah liar buat sarang. Antara produk paling istimewa dari Kampung Mat Daling, iaitu Madu Pokok Tualang. Satu perkara yang unik mengenai madu lebah Kampung Mat Daling adalah mengenai kitaran hasil tuaian madu yang meningkat setiap kali tiba musimnya. Kitaran terakhir berlaku beberapa tahun lalu di mana sebatang pokok tualang yang biasanya mempunyai 20 hingga 30 sarang mempunyai kira-kira 100 sarang. Banyak tu! Dan nak mengambilnya pula perlukan kemahiran memanjat yang tinggi kerana pokok tualang tidak berdahan bawah seperti pokok-pokok lain. Sekali tengok batang pokoknya agak licin dan susah nak panjat. Tu aku respek pada orang kampung yang terer panjat pokok tualang ni. Selain madu, kayu gaharu yang terdapat di hutan Ulu Tembeling juga menjadi sumber pendapatan penduduknya. Harga bagi sekilogram gaharu dikatakan boleh mencecah hingga RM15,000.

Lebih kurang setengah jam sampai jugak ke Kampung Mat Daling. Singgah di sebuah kedai pekena nescafe panas-panas

Kg Mat Daling. Nama kampung ini sempena nama seorang pendekar yang bernama Mat Daling. Kampung sekitar yang dulu didiami ramai orang ialah di Kampung Pulau Besar, Kampung Chenih dan Tanah Memindah. Kampung yang berdekatan ialah Kampung Kuala Semena dan Kampung Macang Perah. Ini first time jugak aku dengar nama kampung-kampung ni. Majoriti penduduk berasal dari kampung yang paling hulu Sg Tembeling berdekatan sempadan Pahang -Terengganu iaitu Kampung Janing. Jika di Pekan Ulu Tembeling kita boleh melihat Istana Seri Tembeling yang menjadi 'Istana Hinggap' Sultan Pahang. Kami tak sempat nak pergi usha kerana kesuntukan masa.

Buah Getah - Dijemur untuk dijadikan asam rong

Perkataan asam rong ini berasal dari perkataan isirong iaitu merujuk kepada bahagian isi dalam buah dan perkataan asam itu digunakan kerana kaedah penyimpanan dan pembuatan asam rong ini sama dengan asam yang lain. Asam rong ini dipopularkan oleh penduduk di sebelah perkampungan Mukim Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang. Pada asalnya asam rong ini diperbuat dari buah perah iaitu sejenis buah yang di dapati dari pokok perah yang tumbuh di dalam hutan tebal. Namun menyedari sukarnya mencari dan mendapatkan buah perah ini penduduk di sini mula mencari alternatif lain dengan menggantikan dengan biji getah iaitu biji dari pokok getah. Pada masa kini mereka menggunakan biji getah kerana ianya senang diperolehi berbanding dengan buah perah yang perlu dicari di dalam hutan tebal. Memandangkan kebanyakan penduduk di sini banyak menanam pokok getah sebagai sumber pendapatan utama mereka maka penggunaan biji getah untuk membuat asam rong ini memudahkan mereka mendapatkan bahan tersebut.


Asam rong ini bukanlah mempunyai rasa masam seperti lazim asam yang lain, ianya mempunyai rasa yang sedikit pahit dan lemak. Mungkin kerana ianya diperam berbulan-bulan lamanya dan dipanggil asam oleh penduduk di sini lantaran cara penyedian dan penyimpanannya sama dengan asam yang lain.

Buah Perah - Selain dijadikan asam rong ia jugak sesuai untuk umpan memancing. Bagi aku memang sesuai untuk dibuat umpan perut aku. Teringat kecik-kecik dahulu mak akan rebus buah perah ni lima nam kali untuk menghilangkan pahit dan kelatnya. Lepas tu makan panas-panas... berminyak bibir. Rasanya yang lemak memang enak dimakan begitu saja. Kat kampung aku buah perah ni dijual RM8 - RM10 sekilogram.  

Belek album gambar, ada aktiviti memancing rupanya di sini
(Bos aku kat belakang tu dah terlelap)

Gambar yang aku shoot dari album gambar tu. Meriah jugak (*Kesat darah keluar dari hidung!)

Kelah merah

Kelah di pangkuan

Hoi, cepat keluarkan rod dalam bonet kereta tu!

Kelah dan Sebarau

Kelah lagi

Aci tak posing baring-baring cam gini...

Tak aci... takpe. Kitorang posing macam ni pulak

Kenerak dan kelah

Untuk trip memancing boleh call no ni

Lepas minum dan berehat sekejap (sebenarnya dah terlelap pun) kami menuju ke tempat penginapan di Chalet Ujang.

Chalet Ujang

Selepas solat Asar kami tak tahu nak buat apa dah. Asyik baring dalam bilik semakin rengsa jadinya. Peristiwa membelek album gambar tadi dah terbayang-bayang dalam kepala terkenangkan kelah dan sebarau besar tadi. Tak boleh jadi ni, sahabat aku yang dari tadi tak senang duduk dah ngajak anak abang Mat Tarzan bawak kami ke mana-mana sungai yang berhampiran untuk memancing. Kebetulan sahabat aku ni dah bawa jorannya. Ayuh, bawa kamera!

Anak Abang Mat bawa kami di satu sungai. Aku lupa nak tanya nama sungai ni. Eh! Kepala apa tu?

Pasangan sejoli sedang berendam!

Maka kerbau itu pun naik ke darat. Agaknya kerbau tu maki sebab kacau beliau nak berendam

View dari tebing. Ada sebuah rumah di atas tu. Best kan kalau ada rumah tepi sungai ni, hari-hari boleh memancing

Kerbau meragut rumput

Port memancing

Anak Abang Mat, dapat sekor

Kawan aku dapat sekor, tapi di mana ikan besar-besarnya?
(Itu kena pergi Jeram Perahu la Encik! - Teringat kata-kata pemilik album gambar tadi)

Sudahnya lepas balik dari sungai tu, kami belasah mancing kat kolam Ujang pulak. Berehat tepi kolam petang-petang cam gini memang best. Takde line tipon dan takde Wifi

Dapat selat dengan talapia. Tu pun dah nak Maghrib. Agaknya ikan pun takut tengok kitorang

Makan malam yang lazat, kami dihidangkan dengan masakan kampung. Lepas makan semua tertidur kekenyangan... Esok nak masuk trek balik!

Bersambung...

Untuk komen, sila email ke alipancing@gmail.com