Sebelum tu aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2014, semoga 'encik azam' korang semua sukses di tahun 2014 ini!
Aktiviti perkhemahan Kelab Rekreasi Keluarga (KRK) ditamatkan pada hujung bulan Disember 2013 hari tu di Lata Perting, Bentong. Ni kira kunjungan kali ke 2 la ni. Ramai yang nak ripit tempat tu balik, kali ni lagi ramai yang nak join! Habih seluruh tempat tu dah jadi kawasan jajahan kitorang. Beruk pun tak berani nak dekat... (takde beruk pun sebenarnya). Anjing ada la tapi diorang dah spare mercun siap-siap. Pantang melintas je memang berdempil telinga dia.
"Tak guna!" ujar anjing tu sambil tertoleh-toleh belakang tak puas hati.
So, apa yang bestnya perkhemahan kami ni? Yang bestnya ialah dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kami. Semua bergotong-royong berganding bahu dan batu untuk buat tungku dapur....
Sampai je pagi tu semua dah check in, cuaca agak mendung serta hujan di beberapa tempat. Errr... tempat-tempat lain tiada hujan (dengar ramalan cuaca dalam kereta tadi)
Sekitar Tapak Khemah
Dapur yang simple dengan gaya Italy
Hari dah mendung, kena pasang bumbung
Encik Mat sedang setting khemah dia
Encik Wan Jaflan - "Eh, Mat. Apasal bumbung demo besar sangat?"
Encik Mat - "Bila bumbung besar, secara otomatiknya halaman depan khemah kawe ni besar la jugok... dok gitu?"
Encik Wan Jaflan - "Oo... gitu... gitu..."
Lepak-lepak sekejap selepas khemah siap dipasang
Makan tengahari berjemaah, pekena budu, petai dengan ikan bakar memang terangkat. Nasib baik mak mertua tak lalu kat belakang tadi...
Budak-Budak - "Pakcik, saya nak paha tu..."
Pakcik - "Tak boleh..."
Budak-Budak - "Kenapa tak boleh?"
Pakcik - "Pasal paha tu pakcik yang punya... hihihi"
"Apasal orang lain dah habih makan, korang belum habih-habih lagi?"
"Oit! Kitorang baru nak makan laaaa..."
Lepas makan bermulalah acara bakar-membakar, panggang memanggang dan sebagainya
Dah ada kipas, tak panas sangat tido dalam khemah malam ni
Bakar otak-otak (terima kasih kepada yang sponsor)
Encik Wan Jaflan sedang menggoreng pisang
Bergilir-gilir menggoreng dan membancuh tepung
Bakar sosej
Sembang-sembang
Pengerusi KRK merangkap Pengawal Keselamatan Jeram sedang bertugas
Memantau budak-budak yang girang bermain air sampai tak ingat nak naik
Errrr... jamban kitorang. Syahdunya pagi-pagi melepas kat sini sambil diiringi deruan air jeram... hiks!
Tapak khemah di kala lewat petang
Selepas solat Maghrib diadakan sedikit mesyuarat untuk melantik AJK dan membentangkan penyata kira-kira Kelab KRK. Ada AJK Agama, AJK Sukan, AJK Kebersihan dan macam-macam lagi...
Segala kutipan yuran dan perbelanjaan diambil kira oleh tukang kira (Bendahari). Jangan main-main, perbelanjaan untuk beli ais batu pun direkodkan
Encik Nizam selaku AJK Kebersihan tak sempat nak bantah perlantikannya sebab cadangan ditutup!
Selepas mesyuarat persediaan untuk makan malam pulak... menu? Burger leleh!
Sambung bakar otak-otak...
"Haaa... mana tukang buat burger ni, barang-barang semua dah siap..."
"Okeyy... okeeyyy... burger siap!"
Encik Mat layan asap bakar ayam
Semua pakat bergotong-royong memasak apa yang patut
Sembang-sembang sambil layan makan kuaci dan kacang goreng... lepas tu pulak pekena kopi O panas-panas...
Dan... selamat malam
Pagi yang dingin...
Encik Zan dah ready dengan roti canai segera untuk sarapan pagi
Pagi-pagi lagi dah sunyi sepi sebab budak-budak ramai dah bermain air...
Tinggal lah pelampung kesunyian...
Layan mancing tepi jeram... banyak ikan-ikan kecik je. Yang besar ntah ke mana perginya. Tak seperti kunjungan pertama dulu, banyak tengas sebesar 3 jari dinaikkan. Kali ni asyik dapat besor kelingking je lama-lama aku pun dah boring...
"Eh, apasal aku rasa panas je ha..."
"Ha'ah laa... tak macam semalam..."
"Memang la, khemah ayah kau dah bukak laaa... diorang dah nak balik dah..."
"Oo... ye ke... camana boleh tak perasan tadi..."
Selepas Zohor kami tamatkan aktiviti yang marbeles ni dengan jayanya...
Bergambar seisi keluarga, ada family yang terpaksa balik awal pagi
Kaum bapak-bapak yang mithali
Bye.... jumpa lagi! Terima kasih kepada semua keluarga yang terlibat. Segala kekurangan akan kita perbaiki lagi di perkhemahan akan datang!
Slogan Kelab Rekreasi Keluarga (KRK):
Keluarga Bahagia
Ummah Terpelihara
Beriadah Bersama
Hati Gembiraaaaaa....
MENU HARI TU
Otak-Otak
Otak-Otak dan Kopi O
Goreng Pisang
Sosej Bakar
Roti Burger
Burger dah siap masak! Dua untuk aku...
Burger Leleh! Mayonis lebih! Satu untuk aku jugak...
Bebola Ketam
Ayam Bakar
Kepak Ayam Bakar
Roti Canai Cicah Gula
Sosej
Sosej Leleh... (ganti nama Hot Dog)
Jemput Makan... (Habih la makan sampai pening - Cepat-cepat makan ubat Kolesterol)
FLORA @ LATA PERTING
Bila aktiviti memancing dapat dikurangkan (Ikan tak mau makan umpan), dapat la shoot sikit spesis flora kat Lata Perting ni... sebagai pencinta alam semulajadi di dalam fotografi, adalah sedikit spesis flora kat sini yang aku ambik gambarnya...
Bunga Ati-Ati ke? Kalau salah tolong betulkan
Bunga Senduduk
Bunga Terung (Terung yang buat peluru senapang masa aku kecik-kecik dulu)
Bunga Melor ke?
Tak tahu bunga apa...
Bunga Taik Ayam
Bunga apa ya?
Bunga Taik Ayam lagi
Paku pakis
Buah apa ni?
Ni pun aku tak tahu buah apa...
Dedaunan
Kumbang...
Errr... jalan punya jalan sampai kat sini! Lariiiikkkkkkkkk!!!!
(Jumpa Lagi - sambil termengah-mengah)