Dulunya dikenali sebagai Bukit Cerakah, kali terakhir ke sini pada tahun 2008 yang lalu. Kebetulan hari minggu takde aktiviti siram bunga dan bagi ikan makan maka pagi-pagi kami dah bergerak keluar dari rumah. Tengok dalam tv hari tu diorang promosikan Rumah Iklim Sederhana 4 Musim dan Taman Rusa. Wah, lama tak jumpa anak rusa nani baru kembang ekor!
Taman Botani Negara Shah Alam pada asalnya dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah mula dibangunkan pada 24 April 1986 sebelum dimasyhurkan menjadi Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Hisamuddin Alam Shah Al-Haj pada tahun 1991. Nama TBNSA sekarang adalah selaras dengan keputusan Jemaah Menteri untuk membangunkan TBNSA menggantikan TPM.
Tujuan TBNSA dibangunkan adalah sebagai pusat kecemerlangan negara dalam bidang pendidikan, penyelidikan saintifik dan pemuliharaan bagi pembangunan botani, hortikultur, pertanian serta bidang-bidang lain yang berkaitan dengannya. Untuk maklumat lanjut boleh klik www.tbnsa.gov.my
Kaunter Tiket - Masih sama macam dulu
Harga tiket masuk ialah RM3 Dewasa & RM1 Kanak-kanak. Masih murah macam dulu jugak
Tiket dah beli... Ok, jom kita ke Rumah Iklim Sederhana 4 Musim. Sekarang ni tengah promosi musim sejuk. Eloklah tu, cuaca tengahari tu panas menyengat. Orang tak berapa ramai sangat, kebanyakan yang datang untuk beriadah sambil bermandi peluh. ada yang berjogging, berbasikal dan bertenet (dating la). Untuk ke sana kita naik bas kecik yang membawa terus ke rumah sejuk tu (hentian terakhir)
Beli tiket
Ada kedai jual cenderahati
Bas yang membawa masuk kita ke dalam taman
Agak hampa sebab melalui Taman Padi (Sawah Padi) yang dulunya luas terbentang sekarang dah tutup akibat kerja-kerja pengubahsuaian, cadangnya nak singgah masa balik nanti... takpelah, mungkin selepas construction ni sawah padi tersebut akan lebih cantik lagi kot sebab aku tengok dah ada gazebo dan sampan-sampan sebagai hiasan
Ni gambar tahun 2008 dulu kat Taman Padi
(Gambar tahun 2008 di perkarangan Rumah Iklim)
Gambar terbaru
Rumah Iklim Empat Musim
"Tak sejuk pun!"
"Memang la tak sejuk, kat luar lagi ni..."
Pintu masuk
Ada dua bilik untuk kita masuk, tak boleh masuk ramai-ramai sebab kita kena lalui satu laluan sahaja. Laluan kayu tu tak la jauh dan lebar mana pun, cukup untuk kita melihat-lihat sahaja. Jangan masuk dalam main baling-baling salji pulak! Tak boleh jugak lelama kat dalam tu sebab group lain pun nak masuk sama untuk menghayati musim sejuk ni. Kat dalam memang sejuk hingga mencengkam lutut dan pedih hidung. Dok dalam ni mula la teringat baju sejuk kat rumah. Bila bercakap keluar la asap anak aku kata, sampai lense kamera aku pun berasap (berkabus!)
Okey la... nampak jugak salji
Dahan diliputi salji
Pemandangan di dinding
Pemandangan lagi
Ais membeku
Ais membeku di dahan nan rapuh
Ais Batu
Salji
Pondok usang di pinggir kali (Kalinya dah beku)
Hati-hati berjalan, lantai lincin (licin)
Ni bukan Rumah Iklim, ni rumah kontena untuk pekerja. Jangan masuk!
Trrr... sejuknya. Kecut segala-gala. Bila dah keluar matahari mula menggigit kepala. Baru ku sedar, kesejukan ini hanya sementara tih tih tih! Bersambung ke Taman Haiwan!