Awal pagi selepas check out di Lumut, perjalanan diteruskan ke Teluk Intan untuk melawat Menara Condongnya. Kali terakhir aku ke sini waktu aku Darjah 5 dulu semasa lawatan sekolah.
Melalui jalan Sungai Manik baru nampak sawah padi yang menguning. Berhenti di tepi jalan untuk shoot sawah padinya. Orang lalu alang tertoleh-toleh tengok kitorang...
Sawah luas terbentang
Pokok padi
Serumpun padi daunnya rimbun
Pokok padi
Sawah padi hijau menguning
Menara Condong Teluk Intan
Sampai di Teluk Intan terus mencari Menara Condongnya. Selepas berpusing-pusing mencari akhirnya jumpa juga Menara Condong yang menjadi kemegahan Teluk Intan. Walaupun menara ini sudah terlalu tua, bentuk pagodanya masih berupaya memukau mata pengunjung Bandar Teluk Intan. Bumbung puncaknya mirip tudung saji, manakala bumbung serambi pula berbentuk pisang sesikat. Dari jauh bangunannya kelihatan seperti memiliki lapan walhal apabila dipandang dari jarak dekat, menara ini hanya ada tiga aras sahaja. Kira-kira 110 anak tangga dibina secara melengkung dan menghubungkan setiap tingkat. Konkrit asas bangunan diperbuat daripada susunan batu bata melebar, kira-kira 14.3 meter garis pusat ukuran tapak, tetapi menguncup ke atas sebanyak sembilan meter.
Bumbung pisang sesikat dan tiga buah serambi yang melengkung meliliti bangunan asas seolah-olah menyembunyikan susunan batu bata itu. Di bawah bangunan terdapat sebuah telaga yang mengandungi air sedalam 4.3 meter sebagai pengimbang struktur bangunan sekiranya berlaku sebarang gegaran yang kuat di persekitarannya. Pada awal abad ke-20, menara ini berfungsi sebagai takungan air yang disedut daripada Sungai Perak untuk keperluan 8,000 penduduk setempat tetapi kini tidak lagi. Sebaliknya, menara ini menjadi tersohor pula kerana bangunan asasnya kelihatan condong kira-kira satu darjah dari sebelah barat laut, seolah-olah mengingatkan umat Islam hala kiblat, jam besarnya yang berbunyi setiap 15 minit dan dentingan ini mampu didengari sejauh lima kilometer, terutama ketika malam hening. Itulah antara keunikan menara condong Teluk Intan yang siap dibina pada tahun 1885 di atas timbusan tanah bekas terusan buatan manusia. Menara ini terletak di sudut Jalan Selat yang bersebelahan dengan Jalan Bandar, betul-betul berada di jantung Bandar Teluk Intan, bandar ketiga terbesar di selatan negeri Perak Darul Ridzuan. Kini, menara ini berstatus sebagai menara condong kedua di dunia selepas Pisa di Itali. Itu dia sedikit sebanyak info mengenai Menara Condong ni...
Menara Condong
Menara Condong
Info
Orang jual belon
Depan Menara Condong
Jangan parking sebarangan
Agak hampa jugak sebab nak shoot di bahagian belakangnya penuh dengan gerai orang berjualan, macam bazar jugaklah. Banyak gerai t-shirt, gerai belon, gerai cenderahati dan gerai buah-buahan dibuka. Selalu area Menara Condong ni kosong je, kebetulan pulak hari tu penuh dengan orang... musim cuti sekolah agaknya. Tak tunggu lama, kami teruskan perjalanan keluar dari Teluk Intan menuju ke Bagan Nahoda Omar (BNO) untuk pekena mee udang!
Dah sampai BNO, nampak pintu gerbang ni pandu terus lebih kurang 20 minit sehingga ke hujung jalan menghala ke pantai
Bagan Nakhoda Omar ialah sebuah pekan kecil dalam daerah Sabak Bernam, Selangor. Sesuai dengan namanya, pekan ini terletak berhampiran pantai dan kampung nelayan. Merupakan destinasi istimewa bagi penggemar aktiviti memancing dan bermain layang-layang. Terdapat kemudahan chalet dan Kedai Zaiton Laksa Pantai dan Mee Udang!
Papan tanda belakang kedai Kak Ton
Mee Udang dah sampai... rasa? Oklah bagi tekak aku
Mee Goreng Udang... anak aku cakap tak berapa sedap. Anak aku ni penggemar mee goreng tegar. Pegi mana-mana semua nak oder mee goreng. Dia boleh komen, mee goreng kat Sentul lagi sedap! Mula-mula tak habis separuh, last-last dia bedal jugaklah... dah lapar agaknya
Riang ria menjamah makanan, 2 mee goreng udang dan 2 mee udang... teh o ais limau dan ABC dia pun sedap jugak la walaupun simple
Habih licin
Pada aku Mee Udangnya sedap la jugak... kuah pekat, udang segar dari ladang. Boleh la nak ripit lagi. Harganya pun agak murah
Tukang masak
Kedai
Kak Zaiton Laksa Pantai, singgahlah!
Selamat Jalan, Jumpa lagi!
Sampai KL sekitar jam 5.00 petang... Fuhhh! Tamat jugak trip ke Lumut - Pulau Pangkor ni!