Kali ni berkhemah jauh sikit dari biasa walaupun bukan ke Kampung New Zealand atau Amerika Selatan. Perancangan dibuat selama dua bulan untuk persediaan logistik, makan minum serta tapak khemah untuk peserta. Perkhemahan 3 hari 2 malam dipilih pada 28 - 02 Mac 2014 yang lalu bertempat di Kuala Woh, Tapah, Perak.
Kuala Woh ni terkenal jugaklah sebagai destinasi perkelahan di negara kita sebab jeramnya bercampur dengan air panas semulajadi (nanti akan dimuatkan dalam blog ini kisah Air Panas Kuala Woh pulak). Kebanyakan keluarga dah bertolak pada hari Jumaat lagi walaupun sampai ke tapak khemah dah jauh malam. Aku dan keluarga bertolak seawal 7 pagi terus ke Cameron Highland dulu untuk melawat ladang teh dan strawberi yang dah lama tak dijenguk, selepas Jamak Solat Zohor/Asar kami turun ke bawah menuju ke Kuala Woh ikut jalan lama nak ke Tapah terus ke tapak khemah. Rasa macam serik je ikut jalan ni... anak aku dah pening dan sibuk tanya bila nak sampai... bila nak sampai... lebih 2 jam jugak baru sampai ke tapak khemah....
Haa... dah sampai pun - papan tanda tepi jalan
Pintu masuk ke tapak khemah
Khemah dah pasang
Tapak khemah
Jeram Kuala Woh - Airnya jernih...
Menyediakan sarapan pagi - budak-budak dah hilang pergi mandi-manda
Lepas naik berendam pekena pulak meehon goreng
Layan makan jagung dari Cameron Highland
Suasana jeram dari atas pokok
Budak-budak bersukaria
kanak-kanak riang gumbira
"Dapat ikan ke Encik Mie?"
"Huh! Jangankan ikan, anak berudu pun tak nampak batang idung!"
En Mat sedang buat bekas untuk rebus telur
Acara masak-memasak
Acara bakar-membakar
Borak-borak
Anak-anak
"Aku rasa kita kena extend lagi sehari la perkhemahan kita ni... tak puas mandi..."
"Oii... esok orang sekolah laaa...."
Bakar kerang
Bakar jagung
En Mie dan En Lan tolong buat hamburger
Malam tu pulak ada sedikit acara. Pertandingan cakap 'Aaaaaaaaaaa...' paling panjang
"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...."
"Hah... kenapa idung kembang ni..."
"Pakcik kacau! Kan dah kalah..."
Kaum bapa pun beradu nasib
Pemenangnya ialah En Wan Jazlan dengan 'Aaaaaaaaaaaaaa'nya lebih 30 saat!
Main api
Baring-baring - dah penat main air
Makan tengahari secara berjemaah
Keluarga En Mie yang terpaksa pulang awal pada hari ketiga
Keluarga En Lan pun terpaksa pulang awal jugak... ada urusan lain yang perlu disegerakan
Bergambar kenangan di depan Chalet Kuala Woh
Byeeee... jumpa lagi. Terima kasih kepada semua keluarga yang terlibat. Terima kasih juga atas sumbangan dan kerjasama antara kita. Kalau ada umur panjang boleh kita jumpa lagi!