Haa... bila dah berkhemah ni penyediaan makanan tu penting jugak sebagai medium untuk menambahkan tenaga selepas penat bermandi-manda. Bekalan makanan mesti cukup sebab budak-budak ramai, kesian kalau diorang lapar... persediaan barang makanan dan minuman ni ditugaskan oleh seorang petugas yang dilantik oleh ahli kelab kami ni. Jom layan makan dulu weh...
Kerang dibakar
Close-up Kerang Bakar
Ikan Bakar
Ikan & Ayam Bakar
Menu wajib
Nyam... nyam...
Strawberi celup coklat
Siakap Bakar dan Kepak Ayam
Masak Siakap dengan Asam Boi
Jagung Bakar
Ikan Pekasam goreng dengan bawang. Aku layan ikan pekasam ni je sampai balik
Buah apa ni? Cuba teka...
Macam Pisang Kaki
Rasanya masam-masam manis, ada jugak yang manis bila terlalu masak. Macam rasa buah manggis pun ada. Ni first time aku tengok dan rasa buah ni
Pokoknya di tepi khemah je. Berbuah lebat. Pokok Cerepu namanya... buahnya pun nama Cerepu jugak
Ada jugak beberapa serangga yang sempat aku shoot. Dalam dok sibuk berkhemah ni ada jugak la beberapa spesis yang berkongsi habitat dengan kami...
Siput
Tak tahu apa nama serangga ni. Kalau tak perasan macam ranting kayu je
Mentadak mentadu. Sporting mentadak ni, macam tahu-tahu je aku nak ambik gambar dia. Dia punya posing...
Ada satu spesis mentadak berwarna coklat dan bersayap pendek aku tak sempat nak ambil gambar
Mula-mula aku ingatkan menatang ni lipas
Yang ni aku tak tahu nama dia
Rajah Brooke... raja di kalangan rama-rama. Cukup banyak kat Kuala Woh ni tapi sombong nak mampus. Nak ambik gambar je bertempiaran dia lari (lari ke?)
Mr Scorpion! Yang ni kena hati-hati sikit
Bersambung pulak ke Kolam Air Panas Kuala Woh!